Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/melayu/public_html/forum/common.php on line 106
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/session.php on line 916: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/session.php on line 916: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/session.php on line 916: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/functions.php on line 3526: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/functions.php on line 3528: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/functions.php on line 3529: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
[phpBB Debug] PHP Notice: in file /includes/functions.php on line 3530: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /common.php:106)
Melayu Online • View topic - Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Moderators: noor fadlli, naina, Kurniawan

Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby lapangan on Wed Oct 14, 2009 4:21 pm

Assalamu alaikum: Saya perkenalkan diri saya sebagai lapangan sahaja.Dari Malaysia dan bangsa serumpun asalnya.

Saya telah membaca cerita asal usul acheh. Apa yg saya dapati sejarah aceh juga bersumberkan barat. Begitu juga Malaysia.Orang Barat itu bangsa penjajah. Untuk makluman semua di Malaysia pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah mengalih bahasa kan satu manuskrip lama iaitu Undang2 Kedah. Manuskrip ini baru dibawa balik ke Malayasia dari simpanan sebuah perpustakaan School of Oriental and African Studies(SOAS) di London pada tahun 2003 dan diterjemahkan tahun 2005
. Ia dipercayai dirampas oleh British sekitar tahun 1800 dari simpanan raja. Untuk pengetahuan di Malaysia sebenarnya banyak manuskrip kami telah dilarikan british semasa mereka menjajah dahulu. Sehinggakan sejarah Malaysia menjadi keliru

Dalam manuskrip tersebut yg tulisan asalnya adalah jawi ada disebutkan pasal acheh darussalam. Dalam manuskript tersebut dinyatakn acheh telah wujud tahun 222H. Kalau ditukar kepada Masehi ia bersamaan 812 Masehi. Pemerintahnya diyatakan ialah Saidina ali wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir. Acheh itu sebenarnya adalah bahasa salah satu kaum melayu yang ada di Malaysia sekarang. Apa kaitannya dengan malaysia dengan kaum tersebut. Semua nya adalah gara-gara kospirasi penjajah . Sila berkunjug ke blog ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/. Bukan itu sahaja banyak nama tempat di Indonesia boleh diterjemahkan dalam bahasa tersebut.
Semoga kekusutan sejarah Melayu dapat dirungkaikan. Semoga kita dapat bertukar maklumat. Wassalam
Last edited by lapangan on Wed Oct 21, 2009 7:12 am, edited 1 time in total.
lapangan
Pendatang Baru
 
Posts: 6
Joined: Wed Oct 14, 2009 10:52 am

Re: Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby lapangan on Tue Oct 20, 2009 11:49 am

Baginda bergelar Sultan Madzafar Syah I. Makam ini terletak di Langgar,Kg Bujang, Merbok Kedah. Ia tidak jauh dari kawasan Lembah Bujang. Bandingkan dengan batu nesan Acheh Sultan Sayidina Ali, Sultan Sheikh Abdul Kadir dan Sultan Jaafar Madazam Syah, rekabentuknya hampir sama. Makam ini dilabelkan sebagai Makam Maharaja Derbar Raja yang kononnya memeluk Islam dalam tahun 1179. Tak tahu pulak saya ada raja yang berdebar-debar nak memelok Islam, maklumat pun tak dapat. [u]Setakat nama saja yang ada dan tidak disebut dalam sejarah Acheh (bahasa siam bermasuk ajar @tunjuk ajar) atau Perlak (punca,cambah nya syiar dakwah islam), maupun dalam Undang undang Kedah.[/u] Kenapa tidak dirujuk kepada keturunan Raja Merong Maha Wangsa yang masih ada hingga kini, walaupun keturunan mereka cuba di pupuskan, walaupun dalam kad pengenalan mereka tidak lagi bergelar tuanku,syed atau nai (sengaja disebut di blog ini) mereka tetap berdarah raja, dari Putera Merong Maha Wangsa (Wa Ren Wong Ser). Tulisan mengenai Maharaja Debar raja dalam Salasilah Kedah ini ditulis sewaktu belum merdeka di zaman Sultan Abdul Hamid masih hidup. Apa saja yang diperintah olehnya akan ditulis, walau pembohongan sekali pun. Baginda ditakuti rakyat Kedah kerana baginda menantu Chulalongkorn, ada 'backing' dibelakangnya untuk bertindak. Dulunya keseluruhan kawasan ini adalah tanah perkuburan islam. Akan tetapi kenapakah pihak berwajib ditahun 60an menjual tanah ini kpd individu untuk dijadikan ladang getah. Samalah dengan istana Kota Meang Kuang yang dipecahkan dalam tahun 1963/64 dan sekarang ini menjadi tapak quari. Yang ada cuma Kampung Kota Mengkuang.

Dipetik dari sejarah nagara kedah
lapangan
Pendatang Baru
 
Posts: 6
Joined: Wed Oct 14, 2009 10:52 am

Re: Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby lapangan on Wed Oct 21, 2009 8:23 am

TUANKU NAZREEN ( @ RAMESUAN ) IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III
1369 – 1395
BERKAHWIN DGN RATU IMAN ACHEH, DIMANA PADA BATU NISANNYA TERTULIS DALAM BAHASA KAWI SEPERTI BERIKUT,
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.
(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh) . Banyak orang tertanya2 kubur siapakah yg ada di acheh seperti tertera pada nesan . Beliauialah Tengku Nazreen ibni Sultan Mad Zafar Shah III. Untuk maklumat lanjut sila baca posting 2007 sejarah nagara kedah dibawah tajuk
Salasilah Empayar Benua Islam Siam Ayutia Kedah Pasai Ma
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ ... chive.html
Tidak hairanlah kenapa acheh ada disebut dalam Undang-Undang Kedah Kedah kerana dahulu acheh dibawah Kedah adanya. Juga diceritakan bahawa Hang Tuah itu adalah Sultan Iskandar mahkota Alam yg amat terkenal di negara acheh. Hang Tuah itu adalah bahasa siam dan mempunyai makna. Cucu hang tuah telah dibunuh oleh Thai pada tahun 1821 bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar semasa baginda menghadiri kenduri perkahwinan. Makam beliau di Kedah, diberi nama Makam Tok Pasai. Dengar cerita waris dia pun tak menuntut makam ni. Mungkin kah keturunan mereka diacheh telah dibunuh oleh penjajah belanda(barat) Wallahu alam.
lapangan
Pendatang Baru
 
Posts: 6
Joined: Wed Oct 14, 2009 10:52 am

Re: Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby lapangan on Fri Oct 23, 2009 2:56 pm

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami
Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat
Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa
Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja
Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(t** Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).

Dipetik dari Sejarah Nagara Kedah
lapangan
Pendatang Baru
 
Posts: 6
Joined: Wed Oct 14, 2009 10:52 am

Re: Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby AlBahr on Sat Nov 21, 2009 7:41 am

Wah bagusnya...dapat saya pelajarinya di sini...tetapi apa perbezaan Siam dan Thai itu?

Saya fikir Siam dan Thai adalah sama sebelum ini... :?: :?: :?:
AlBahr
Pendatang Baru
 
Posts: 2
Joined: Sat Nov 21, 2009 1:02 am
Location: Man jadda wajada wa man zaro'a hasoda

Re: Mana asal perkataan Acheh dan apa maknanya

Postby lapangan on Sat Nov 21, 2009 5:24 pm

Ada baiknya saudara membaca blog sejarah nagara kedah. Saya akan jawab simple saja. Siam tu orang islam dan termasuk rumpun melayu. Keturunan Siam melayu ini masaih ada di Kedah. Tetapi thai itu budha. Thai ni suatu masa dahulu bekerjasama dgn Inggeris menjatuhkan kerajaan melayu kedah yg di terajui oleh raja siam islam (melayu).Mereka satu bangsa yg beasal dari tibet. Kemudian selepas menang mereka dengan segera menukar negara siam menjadi thailand. dan mengaku kerajaan siam dahulu adalah dari thai. Sila saudara bacakan ya. Ini berlaku pada masa perang salib dahulu. Kerajaan siam islam memakai gelaran khalifah. Dan sejarah mereka di padamkan dari sejarah oleh penulis upahan Inggeris
lapangan
Pendatang Baru
 
Posts: 6
Joined: Wed Oct 14, 2009 10:52 am


Return to Sejarah Melayu

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron

Fatal error: Not able to open ./cache/data_global.php in /home/melayu/public_html/forum/includes/acm/acm_file.php on line 106