Saturday, 21 November 2026   |   Saturday, 10 Jum. Akhir 1448 H
Visiteurs en ligne : 3.544
aujourd hui : 69.673
Hier : 95.893
La semaine dernière, : 821.392
Le mois dernier : 11.429.130
Vous êtes le visiteur numéro 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • No data available

 

News

24 juli 2008 05:25

Usman Awang: Cukupkah hanya melalui seminar?

Usman Awang: Cukupkah hanya melalui seminar?

Malaysia- Sasterawan Negara, Datuk Dr. Usman Awang merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat marhaen menerusi karya-karya sastera yang dihasilkannya sejak tahun 1950-an.

Bagaimanapun, penghargaan atas sumbangan yang dicurahkan oleh Allahyarham menerusi daya keintelektualannya sama ada melalui puisi, drama dan novel selama ini masih belum berada pada tahap yang sepatutnya.

Justeru, ada pihak yang kesal apabila tidak banyak pihak cuba melakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam usaha bagi mengenang jasa sasterawan tersohor yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh misalnya, mencadangkan banyak cara bagaimana untuk menghargai sasterawan yang meninggal dunia hampir sedekad lalu itu.

“Di manakah hari ini kita menempatkan semua jerih payah dan kemilau seri fikirnya? Akan adakah sebuah bandar bernama Bandar Usman Awang setelah kita ada bandar George Town dan Universiti Limkokwing.

“Sukarkah juga merangka satu hari peringatan Hari Mengenang Usman Awang, mengadakan sayembara, pidato tentang beliau, mengeluarkan stem peringatan atau anugerah penulisan sastera atas namanya?” katanya pada perasmian Seminar Kesusasteraan: Sasterawan Negara Usman Awang di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sambil disaksikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Pensyarah Tamu UPM, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).

Dalam hal ini, idea-idea yang dicadangkan oleh beliau itu cukup relevan untuk diketengahkan, cuma terpulanglah kepada kita cara mana yang sesuai digunakan bagi mencapai hasrat murni tersebut.

Menurut Che Ibrahim, beliau bimbang negara luar seperti China yang amat menggagumi Usman Awang akan menggunakan nama Allahyarham sebagai suatu penghargaan di sana jika kita tidak terlebih dahulu menggunakannya.

“Allahyarham amat dikenali di China, bimbang nanti akan ada sebuah perkampungan sastera di sana yang akan menggunakan nama beliau. Atau sebuah dewan yang gah di Korea juga mengambil sempena nama Allahyarham kerana beliau amat disegani di sana.

“Marilah kita mengenang sumbangan beliau sebagaimana kita cukup lancar dan petahnya menyebut nama-nama tokoh sastera dari luar negara seperti Iqbal ataupun Tagore,” ujarnya.

Pendapat dan cadangan itu turut disokong oleh A. Samad Said yang menyifatkan kaedah penghargaan seperti itu sedikit sebanyak dapat mengingatkan masyarakat terhadap hasil-hasil karyanya yang sepatutnya dikaji serta dihayati pada sepanjang zaman.

Katanya, Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri harus mencontohi kerajaan negeri Melaka yang lebih awal memberikan apresiasi kepada golongan sasterawan sepertinya dalam bidang penulisan di negara ini.

“Melaka contohnya, telah menerbit serta mengedarkan buku hasil karya-karya sastera saya sejak tiga tahun lalu. Sebagai permulaan sembilan buku saya termasuklah novel kanak-kanak, drama dan cerpen telah diterbitkan dengan kerjasama Muzium dan Arkib Negeri Melaka,” katanya.

Tambah A. Samad Said pendekatan dan inisiatif seperti itu amat penting bagi memastikan agar karya-karya agung para Sasterawan Negara tidak terperam atau pupus begitu sahaja.

Sementara itu, Dr. Ahmad Kamal pula menyifatkan penghargaan atau tanda yang lebih bermakna harus diwujudkan bagi mengenang jasa serta sumbangan Allahyarham yang bukan sedikit.

“Nilai-nilai kemanusiaan yang diselitkan dalam karya-karya Usman Awang amat besar, apatah lagi beliau berasal dari latar belakang yang susah. Beliau menderita sejak kecil, selain pernah menjadi buruh paksa ketika zaman Jepun.

“Sebab itu, adalah sangat wajar suatu bentuk peringatan diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi mengenang jasa Allahyarham sesuai dengan sumbangan beliau kepada masyarakat menerusi bidang kesusasteraan,” ujarnya.

Pada seminar itu, kertas kerja yang dibentangkan antaranya meliputi soal apresiasi terhadap sumbangan dan serba sedikit kupasan tentang karya-karya agung yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham.

Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah misalnya, membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Harga Hidup dan ‘Rimbaku Airmata‘ Bergelut dengan Sahsiah Diri dan Kematian, Prof. Rahman Shaari (Fikiran Ideologikal dalam Tulang-Tulang Berserakan) dan A. Rahim Abdullah (Membaca Tanda-Tanda Tulang-Tulang Berserakan: Mencari Romantikus dan Nasionalisme Seorang Usman Awang). (Abd. Aziz Itar)

Sumber : www.utusan.com.my (21 Juli 2008)
Kredif foto : ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com


Read : 3.500 time(s).

Write your comment !