Ismail Hussein (Malaysia)
3 Juni 2009, 12:16 pm
Nama : Tan Sri Ismail Hussein
Institusi : -
Komentar :
Kepada: Yth Bapak Mahyudin Al Mudra, Saya sangatlah bergumbira dapat bertemu Bapak di Ketapang tenpoh hari, harapnya Bapak dapat datang ke Malaysia dalam tempoh yang terdekat: Sehubungan itu saya cadangkan kepada Bapak:
(1) Kami ada acara di Alor Setar Kedah WACANA DUNIA MELAYU bertemakan Unsur KeMelayuan dan KeIslaman di Nusantara. Ini berlangsung di Alor Setar mulai malam 10 Juni 09, hingga tengahari 11 Juni 2009, dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah. Harap dalam Wacana itu Bapak dapat bercakap sekitar 10-15 minit tentang permasaalahan keMelayuan dan keIslaman di Indonesia,
(2) Kami telah dapatkan dana untuk tikit pesawat Bapak melalui Yogya, ini akan dimaklumkan sebentar lagi. Datang ke Malaysia pada 9 Juni, dapat kembali pada13 Juni.
(3) Kami akan mengukuhkan sokongan kami terhadap Melayu Online. Untuk itu, kami akan usahakan satu sidang akhbar /press conference untuk menyokong, kami juga sedang usahakan satu perbincangan penal dalam TV bersama Bapak (kalau ini sudah pasti kami akan confirmasikan)
(4) Yang sangat penting, semasa Majlis Penutupan Wacana pada jam 1.00 tengahari 11 Juni 09 (oleh Dr Hamdan), pada permulaanya Bapak diberi kesempatan bebicara 5 minit tentang Melayu Online (perhatikan hanya 5 minit) kemudian disusuli dengan upacara tandatangan MOU Sokongan terhadap MELON daripada wakil-wakil negara Thailand, Singapura, Malaysia, Brunei - barangkali juga oleh Perpustakaan Kedah,
(5) Akan kerjasama sepenuhnya dengan GAPENA, Kami harap Bapak telitilah dahulu apa yang mungkin kami sumbangkan, dan dari situ kita buatkan ketetapan akan corak kerjasama.
Salam kami
Ismail Hussein
Read : 3.434 time(s).
Insert your comment here :