Monday, 8 June 2026   |   Monday, 22 Dzulhijah 1447 H
Visiteurs en ligne : 0
aujourd hui : 3.255
Hier : 24.704
La semaine dernière, : 227.151
Le mois dernier : 9.252.016
Vous êtes le visiteur numéro 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

Book Review



24 mei 2007 23:07

Pakaian Cara Melayu

Pakaian Cara Melayu

Judul : Pakaian Cara Melayu

Pengarang : Siti Zainon Ismail

Penerbit :Penerbit UKM

Genre : Sains Sosial

Mukasurat : 340  halaman

Cetakan Pertama : 2006

ISBN : 9679427404

Nombor siri : 4141112
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM50.00

Pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut pada abad ke-16 adalah kesinambungan pola asas yang berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi.
Walaupun di sana sini ada unsur luar yang digunakan tetapi ia digabungkan secara harmoni.

 

Di sinilah ditemui persamaan ciri reka bentuk pakaian wilayah budaya Melayu seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju panjang Minangkabau yang umumnya dikenal sebagai baju teluk belanga. Keistimewaan konsep pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional Melayu yang diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu. Perbandingan pola baju Melayu kurung Johor dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak lebih memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk melalui perkembangan sejarah dan budaya. Pakaian Cik Siti Wan Kembang adalah warisan budaya Seriwijaya, manakala Puteri Perak pula adalah kesan asimilasi budaya Melayu-Aceh. Kini kedua-dua pakaian ini adalah simbol kebesaran yang dijadikan pakaian adat kesenian.

 

SITI ZAINON ISMAIL, Ph. D., Profesor di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kandungan

 

Senarai Sketsa

Senarai Gambar

Senarai Singkatan

Prakata

Pendahuluan

 

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Pakaian

Bab 3 Pakaian Cara Melayu

Bab 4 Reka Bentuk Pakaian Cara Melayu

Bab 5 Simbolik Pakaian Cara Melayu

Bab 6 Gaya dan Keindahan Pakaian Cara Melayu

Kesimpulan

Glosari

Rujukan

Indeks

Sumber : www.ujanailmu.com.my
Read : 6.919 time(s).