Home »
Book Review » Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional
12 juli 2007 23:07
Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional
Judul : Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional
Pengarang : Noriah Mohamed
Penerbit :Penerbit UKM
Genre : Sains Sosial
Mukasurat : 188 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9679427714
Nombor siri : 4141114
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM30.00
Perbincangan dalam buku ini tertumpu kepada puisi Melayu tradisional yang lebih menjurus kepada pantun, syair, gurindam dan mantera selain membuat perbandingan dengan puisi etnik Jawa dan Banjar. Pembaca dapat melihat kecerdasan fikir bangsa Melayu yang mencipta lakaran bahasanya, luahan hatinya dan getar jiwa seninya melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupannya.
Kebanyakan puisi tradisional dipilih daripada pantun-pantun yang sudah mendarahdaging dalam kehidupan Melayu. Jika seseorang pemantun menggunakan pantun ?nasi lemak buah bidara, pisang emas dibawa belayar, dari mana datangnya lintah dan pulau pandan jauh ke tengah,? secara spontan, manusia Melayu akan tahu makna tersirat menerusinya tanpa ditunjuk ajar. Begitulah kedudukan pantun yang sudah sebati dalam kehidupan manusia Melayu.
Kini pantun terus digunakan dalam pelbagai suasana. Buku ini lebih tertumpu kepada pencernaan penulis ke atas beberapa pantun dengan melihatnya dari pelbagai perspektif sama ada keterikatannya, tema dan konsep kerana pantun dicipta atas kesedaran dan bukan dizahirkan secara tangkap muat atau mengambil sembarang kata.
NORIAH MOHAMED, Ph. D., adalah Prof. Madya dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Karya beliau sebelum ini banyak ditumpukan kepada bidang sosiobudaya masyarakat Jawa. Antaranya ialah Jayengbaya: Memahami Pemikiran Orang Jawa (1995) dan Jawa di Balik Tabir (2001).
Kandungan
- Pendahuluan
- Pantun: Dalam Semak Ada Duri
- Syair danTembang Sebagai Luahan Rasa
- Pantun: Ambil Galah Tolong Jolokkan
- Pantun dan Syair Sebagai Wadah Rasa dan Minda
- Pantun: Titian Rasa Jawa dan Banjar
- Syair, Pantun dan Gurindam: Dalam Kesuraman Malam
- Syair Misa Gumitar
- Unsur Keislaman dalam Syair Almarhum Sultan Abu Bakar di Negeri Johor
- Mantera Sebagai Penambat Kasih
- Koleksi Syair Cina Peranakan di Perpustakaan Lenin Moscow
- Wanita dan Kasih: Satu Jalur yang Tidak Terlerai
Rujukan
Indeks
Sumber : www.ujanailmu.com.my
Read : 4.002 time(s).