Saturday, 28 November 2026   |   Saturday, 17 Jum. Akhir 1448 H
Visiteurs en ligne : 0
aujourd hui : 16.959
Hier : 54.413
La semaine dernière, : 2.656.496
Le mois dernier : 11.429.130
Vous êtes le visiteur numéro 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • No data available

 

News

02 februari 2008 04:13

Seri Paduka bangga kemajuan Wilayah Persekutuan

Seri Paduka bangga kemajuan Wilayah Persekutuan
Mizan Zainal Abidin menganugerahkan
darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW)
kepada Dr. Mahathir Mohamad pada
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan
Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur– Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bangga dengan pencapaian Wilayah Persekutuan yang setanding dengan kota metropolitan lain di dunia selepas 33 tahun berada di bawah pentadbiran sendiri.

Tuanku Mizan bertitah, lebih membanggakan lagi apabila kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan dicapai secara bergandingan erat dengan pembangunan sosial melalui aktiviti kebudayaan dan sukan.

“Sejak dipisahkan dari Selangor pada tahun 1974, Kuala Lumpur kini menjadi sebuah bandar raya yang mantap, pesat dan sedang menuju ke sasaran mencapai hasrat menjadikannya sebuah bandar raya bertaraf dunia.

“Pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 dan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan ketiga pada 2001 telah mengukuhkan lagi kewujudan dan kepentingan entiti Wilayah Persekutuan serta merancakkan lagi pembangunan wilayah tersebut,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 255 warga Wilayah Persekutuan yang berjasa di Istana Negara di sini pagi ini.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat menyerikan istiadat itu.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta isteri, Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendahului 255 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan.

Beliau menerima darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama sementara Ketua Menteri Sarawak yang juga pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut menerima darjah kebesaran yang sama.

Ketua Unit Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Kamal Khalid menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu Tuanku Mizan mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang mencipta sejarah negara apabila mengadakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

“Penganugerahan ini adalah satu penghargaan dan pengiktirafan yang amat bernilai kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan dan diharap menjadi pendorong untuk berusaha lebih gigih bagi merealisasikan visi Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.

“Beta percaya, warga Wilayah Persekutuan kini boleh berbangga dengan penganugerahan yang dikhususkan untuk mereka,” titah Tuanku Mizan.

Sumber : utusan.com.my


Read : 2.449 time(s).

Write your comment !