Sunday, 29 November 2026   |   Sunday, 18 Jum. Akhir 1448 H
Visiteurs en ligne : 3.053
aujourd hui : 49.669
Hier : 54.413
La semaine dernière, : 5.264.527
Le mois dernier : 11.429.130
Vous êtes le visiteur numéro 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

Book Review



23 april 2007 23:07

Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama : Satu Kajian

Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama : Satu Kajian












Judul : Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama : Satu Kajian
Pengarang : Dr Ab. Razak Ab.
Karim
Penerbit : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Genre : Bahasa
Mukasurat : 182  halaman
Cetakan Pertama : 2002
ISBN : 9832085381
Nombor siri : 2941120
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM20.00

Buku ini merupakan usaha yang telah dilakukan oleh penulis sejak beberapa tahun yang lalu tentang warkah-warkah Melayu lama dari tahun 1521 sehinggalah tahun 1899. Kajian yang telah dilakukan merangkumi pelbagai aspek Linguistik, iaitu daripada aspek kosa kata, sehinggalah aspek wacana.

 

Kajian warkah-warkan Melayu amat kurang dilakukan oleh para pengkaji tempatan memandangkan kesukaran untuk membaca warkah Melayu Lama dengan pelbagai ejaan yang tidak seragam, tulisan yang kabur dan tulisan yang terlalu halus. Bagaimanapun, di sebalik kesukaran itu terselit pelbagai ilmu masyarakat tradisional yang masih belum dikaji oleh masyarakat moden. Menyedari kepentingan tersebut, penulis cuba mencungkil sebahagian kecil kandungan yang terdapat dalam warkah-warkah Melayu lama dan dipersembahkan untuk tatapan semua.

 

Kandungan

  1. Surat Sultan Ternate 1521 : Beberapa Aspek Linguistik
  2. Surat -Surat Sultan Ternate 1521 Dan 1522 : Suatu Analisls Bandingan Dari Sudut Bahasa
  3. Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga Oleh Raja Aceh  Kepada Kapitan Inggeris 1601 : Satu Analisls Linguistik
  4. Manuskrip Surat -Surat Francis Light: Suatu Analisis  Aspek Kosa Kata 
  5. Manuskrip Surat Sultan Iskandar Muda Dari Aceh Kepada Raja Inggeris James I, England,  Ah 1024 (Ad 1615) -Aspek Penggunaan Kata-Kata Pujian
  6. Penggunaan Ganti Nama Dan Kata Gelaran Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama 
  7. Penggunaan Cap Mohor  Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama: Suatu Tinjauan Aspek Penggunaan Bahasa
  8. Bahasa Melayu Abad Ke-  16 -19: Suatu Stilistik Pemllihan Kepala Surat 
  9. Warkah Melayu Lama: Satu Genre Linguistik 
  10. Kesopanan  Berbahasa Dalam Warkah Melayu Lama 
  11. Bentuk Strategi Komunikasi Masyarakat Melayu : Satu Analisis Berdasarkan Warkah Melayu Lama

Sumber:
www.ujanailmu.com.my

Read : 5.130 time(s).