Home »
Book Review » Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat
12 juli 2007 23:07
Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat
Judul : Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat
Pengarang : Hashim Hj. Musa
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Esei
Mukasurat : 247 halaman
Cetakan Kedua : 2005
ISBN : 9831002288
Nombor siri : 3541123
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM40.00
Kalau dulu penguasaan kuasa Barat dilihat menanamkan elemen peradaban mereka melalui penguasaan politik dalam proses penjajahan, kini mereka terus-terusan cuba mendominasinya pula melalui budaya, ekonomi, teknologi dan pendidikan ke seluruh dunia. Proses globalisasi yang berlaku sekarang adalah lanjutan daripada usaha mensejagatkan unsur tamadun Barat ini.
Melalui buku ini, penulis cuba melihat globalisasi Barat dari sudut pandangan Melayu Malaysia dengan melihat kekuatan dan mengkaji kelemahan yang ada dalam usaha menangani dan menangkis cabaran unsur negatif yang datang. Dalam masa yang sama kita juga perlu mengambil manfaat daripada unsur positif yang turut dibawa arus globalisasi ini. Justeru, usaha mengekalkan tamadun Melayu dan pemerkasaannya menjadi asas kepada tamadun Malaysia pada alaf ketiga ini.
Kandungan
- Konsep dan Tipologi Tamadun
- Naik Turun Tamadun Islam Sepintas Lalu
- Pertumbuhan Tamadun Melayu Islam, Penjejasan dan Kemerosotannya
- Merekonstruksi dan Memperkasa Kembali Tamadun Melayu
- Agama Islam, Falsafah dan Peinikiran Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Melayu Islam
- Pertalian Tamadun India dan Cina dalam Bahasa, Kebudayaan dan Tamadun Melayu
- Globalisasi dan Era Teknologi Maklumat: Cabaran ke atas Kewibawaan dan Martabat Bahasa Melayu
- Isu dan Cabaran Terhadap Tamadun Melayu dan Pemerkasaannya untuk Menjadi Asas Tamadun Malaysia Alaf Ketiga
- Bahasa Melayu: Asas Solidariti dan Penjanaan Sumber Daya Tenaga Rakyat Jelata Malaysia Menangkis Globalisasi Tamadun Barat
- Strategi Membangunkan Tamadun Malaysia: Perspektif Tamadun Melayu-Islam
- Rujukan
Sumber : www.ujanailmu.com.my
Read : 6.704 time(s).