Kamis, 16 April 2026   |   Jum'ah, 28 Syawal 1447 H
Pengunjung Online : 894
Hari ini : 15.794
Kemarin : 25.162
Minggu kemarin : 249.242
Bulan kemarin : 101.098.282
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Tentang kami

Selamat Hari Jadi, MelayuOnline.Com (Prof. Muhammad Haji Salleh, Ph.D.)

Oleh : Prof. Muhammad Haji Salleh, Ph.D.

haji salehSalah satu hasrat muda saya ialah menguwujudkan sebuah saluran di mana hasil budaya - intelektual, seni dan ekonomi orang Melayu dapat disebarkan. Namun pada waktu itu - sekitar 20 tahun yang lalu – dunia laman web belum berkelip di layar, dan komputer masih menjadi binatang buas yang susah untuk dijinakkan oleh penggembala kata seperti saya.

Oleh yang demikian apabila saya mendapati bahawa apa yang saya hasratkan itu sedang diperhatikan dan ditindaki oleh www.melayuonline.com com, maka saya sedikit merasa lega dan rasa bersalah saya sedikit meringan. Tapi oleh kerana teman-teman telah memulakannya maka saya menawar diri untuk menyumbang, dalam cara-cara yang termampu oleh saya. Oleh yang demikian hubungilah saya apabila diperlukan sedikit pandangan atau penghalusan terjemahan dll.

Orang Melayu terkenal kerana rhetorika (lisannya) dan sama sekali tidak terkenal kerana rhetorika tertulisnya (di dalam atau di luar negara). Dalam dunia hari ini penulisan dan cetakan dan kehadiran siber adalah tanda hadir dan wujud. Usaha anda untuk menerbitkan buku-buku dasar sangatlah baik dan terpuji. Terpuji juga ialah bentuk dan format buku-bukunya yang indah. Namun kalau dapat saya cadangkan rancanglah beberapa siri supaya akan ada gerak yang teratur. Di antara yang muncul pada fikiran saya ialah siri:

  1. Folklor dan hasil karya lisan (yang banyak terabai dan akan pupus).
  2. Peribahasa, dan pepatah dll.
  3. Hikayat yang belum diterbitkan - termasuk dari Palembang.
  4. Jenis-jenis puisi yang belum diterbitkan.
  5. Sejarah - dari sudut pandangan anak tempatan - kita amat kaya dengan teks sejarah negeri-negeri, atau daripada pengarang yang berimbang dan saksama
  6. Terjemahan karya Melayu atau oleh orang Melayu ke dalam bahasa Inggeris dsb.

Ini cadangan besar dan berat - memang. Tapi mulakanlah suatu jaringan kerja sama dengan institusi dan sarjana/individu yang berminat. Sewaktu saya menjadi Pengarang, ATMA, UKM, Bangi, lebih 10 tahun yang lalu saya mempertemukan beberapa institusi yang mengkhusus (atau ingin memulakan) Pengajian Melayu di seluruh Nusantara dan badan itu kita boleh jadikan badan dasar kerjasama. Harapnya pertemuan ilmiah begini dapat dihidupkan kembali dan pada pendapat saya pusat Pengajian Melayu harus sudah harus lama wujud di Patani, Medan, Kelantan-Terengganu, Banjarmasin. Kutai-Samarinda, Palembang, Bangkahulu dsb.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT BEKERJA.

________________________

Prof. Muhammad Haji Salleh, Ph.D., adalah Sasterawan Negara – Malaysia

Dibaca : 7.123 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password