Tahniah www.melayuonline.com (Oleh : Khalid Shukur Bakri)
Oleh : Khalid Shukur Bakri
Taman Warisan Melayu Singapura mengalu-alukan usaha semua tenaga kerja Melayuonline yang telah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap penyelenggaraan dan pengurusan Melayuonline sejak setahun yang lalu.
Juga tahniah kepada Ketua En Mahyudin dan Cik Naina yang sentiasa berusaha dengan tidak jemu-jemu memperkenalkan Melayuonline kepada dunia Melayu di Singapura dan Malaysia.
Taman Warisan Melayu merasa bangga dan sangat mendukung dan menyokong usaha semua yang terlibat menjadikan Melayuonline status yang boleh dibanggakan untuk semua yang ingin mendalami dan mengenal Warisan dan budaya Melayu di ruang siber.
Oleh kerana dunia Melayu serumpun juga luas, idea dan ilham untuk merealisasikan Melayuonline secara global sangat dihargai dan relevan untuk tatapan umum dimana saja mereka berada.
Tahniah dan semoga Sukses selanjutnya!
___________________
Khalid Shukur Bakri, adalah Pengurus Kanan dan Kepala Museum, Taman Warisan Melayu, Singapura
Dibaca : 6.156 kali.
Berikan komentar anda :