Kamis, 27 Agustus 2026 |Jum'ah, 13 Rab. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini
:
13.963
Kemarin
:
66.313
Minggu kemarin
:
178.006
Bulan kemarin
:
11.454.048
Anda pengunjung ke 105.216.314 Sejak 01 Muharam 1428 ( 20 Januari 2007 )
AGENDA
Belum ada data - dalam proses
Artikel
07 juli 2007 07:52
Guna Bahasa Malaysia di Mahkamah: Sultan
Oleh : Wan Faizal Ismayatim
JELI: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra meminta pengamal undang-undang di negara ini menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah bagi meningkatkan martabat bahasa kebangsaan itu.
Baginda bertitah semua pihak perlu mempunyai iltizam dalam mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara badan kehakiman termasuk ketika perbicaraan, selaras Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
“Beta berharap Bahasa Malaysia digunakan semua pihak dalam mahkamah selaras dengan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan penggunaannya dalam semua urusan.
“Semua pihak perlu mempunyai iltizam menggunakan Bahasa Malaysia bagi meningkatkan martabatnya dan kedudukan undang-undang supaya apa juga masalah dapat diselesaikan melalui mahkamah,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan Mahkamah Majistret Jeli, di sini, semalam. Turut berangkat, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Tengku Amalin A‘Ishah Putri.
Hadir sama Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub; Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas.
Bangunan Mahkamah Majistret Jeli bernilai RM3.1 juta itu siap sepenuhnya pada 20 Jun 2002 bagi menampung keperluan lebih 40,000 penduduk Jeli yang sebelum ini terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Majistret Tanah Merah bagi semua kes sivil dan jenayah di jajahan itu.
Sultan Kelantan bertitah mahkamah yang berperanan sebagai badan kehakiman, perlu menjaga imejnya yang diharap mampu melahirkan rasa gerun kepada pesalah tetapi mewujudkan rasa berani di kalangan mereka yang benar.
“Beta berharap semua pihak akan terus mempertahan dan memelihara badan kehakiman. Kejayaan badan ini menyelesaikan kes dengan cepat dan menjimatkan tanpa mengabaikan keadilan patut dipuji.
“Beta juga meminta semua rakyat menghormati undang-undang dan fungsi serta keputusan yang dibuat mahkamah kerana semua harus sedar, keadaan inilah yang mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini,” titahnya.
Sementara itu, Tuanku Ismail Petra berharap bangunan Mahkamah Majistret Jeli menjadi mercu tanda baru di bandar Jeli dan membolehkan pegawai dan warga mahkamah memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dan peguam yang berurusan.
“Beta berharap pembukaan rasmi bangunan mahkamah ini menyemarakkan lagi semangat warga kehakiman untuk terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya.