Close
 
Jumat, 17 April 2026   |   Sabtu, 29 Syawal 1447 H
Pengunjung Online : 75
Hari ini : 23.944
Kemarin : 36.578
Minggu kemarin : 249.242
Bulan kemarin : 101.098.282
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Berita

14 november 2013 15:23

Di Korsel Bahasa Indonesia Lebih Popular daripada Bahasa Malaysia

Di Korsel Bahasa Indonesia Lebih Popular daripada Bahasa Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia - Penggunaan bahasa Melayu-Indonesia lebih popular di Korea Selatan berbanding penggunaan bahasa Melayu-Malaysia berikutan tiada inisiatif besar-besaran diambil bagi memperkenalkan bahasa tersebut.

Menurut Penolong Profesor Jabatan Tafsiran dan Terjemahan Melayu-Indonesia Universiti Hankuk, Korea, Seung-Won Song, bahasa Melayu-Indonesia diajarkan dan digunakan dalam pengajaran di universiti itu kerana tiada sumber lain boleh didapati bagi mengajar bahasa Melayu.

"Tenaga pengajar bahasa Melayu serta bahan pengajaran yang digunakan di universiti Hankuk boleh dikatakan sepenuhnya diambil dari Indonesia dan memang sukar untuk mendapatkan mereka yang mahir bahasa Melayu-Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, penutur bahasa Melayu-Malaysia dalam kalangan mahasiswa universiti Hankuk hanya sekitar satu hingga dua orang sahaja jika dibandingkan dengan penutur bahasa Melayu-Indonesia iaitu sekitar 20 orang.

"Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan negara China dan Jepun kerana terdapat penutur-penutur bahasa Melayu-Malaysia dalam kalangan mahasiswa berikutan terdapat jabatan pengajian bahasa Melayu khas yang ditubuhkan dengan kerjasama kerajaan Malaysia," ujarnya.

Menurut beliau, peningkatan kerjasama ekonomi Indonesia dan Korea Selatan turut mempengaruhi segelintir rakyatnya yang bekerja di syarikat multinasional dan bakal dihantar untuk berkhidmat di Indonesia khususnya memilih untuk belajar bahasa Melayu-Indonesia.

"Walaupun terdapat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan, rakyat Korea Selatan memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi berikutan ramai rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris," tambahnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my


Dibaca : 3.651 kali.

Tuliskan komentar Anda !