Close
 
Jumat, 4 September 2026   |   Sabtu, 21 Rab. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.213
Kemarin : 28.306
Minggu kemarin : 32.264.566
Bulan kemarin : 43.463.948
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Berita

28 november 2014 07:45

Hapus Jawi, Kemalangan Besar Timpa Orang Melayu

Hapus Jawi, Kemalangan Besar Timpa Orang Melayu

Kota Bharu, Malaysia - Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.

Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.

“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.

“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.

 “Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.

“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya.

Sumber: http://www.harakahdaily.net


Dibaca : 1.224 kali.

Tuliskan komentar Anda !