Senin, 2 November 2026   |   Tsulasa', 21 Jum. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 758
Hari ini : 19.410
Kemarin : 40.758
Minggu kemarin : 51.501
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Berita

26 mei 2015 04:00

Program Akar Zapin Kita Tarik Golongan Belia

Lumut, Malaysia - Program Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 yang diadakan di kompleks membeli belah AEON Seri Manjung dekat sini baru-baru ini berjaya menarik minat golongan belia untuk mengenal dan meminati kesenian tradisional Melayu khususnya tarian zapin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaaan negeri, Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, program itu juga dapat mengangkat budaya bangsa Me­layu serumpun.

Beliau berkata, menerusi program itu khazanah kesenian dan kebudayaan Melayu dapat dipelihara dan terus kukuh terpelihara.

"Program Akar Kita Zapin ini telah dilancarkan pada Disember 2012 di Ampang Point, Kuala Lumpur dan siri jelajah pada tahun ini bermula di negeri Perak," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Datuk Zamri Man dan Pengerusi Persatuan Tatihseni Malaysia merangkap Pengasas dan Pengarah projek, Noraniza Idris.

Menurut Nolee Ashilin, program itu yang mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan Malaysia diteruskan dua tahun berturut-turut bermula tahun lalu.

Beliau berkata, tahun ini program tersebut bermula di AEON Taiping baru-baru ini, melibatkan lebih 1,000 penyertaan dan penyertaannya meningkatkan kepada 1,800 orang di Manjung.

Kata beliau, program itu turut disertai pelbagai pe­ringkat usia.

"Program seperti ini akan terus melonjak industri pelancongan negeri Perak kerana terdapat juga pelancongan asing yang menyaksikan persembahan ini," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my


Dibaca : 1.181 kali.

Tuliskan komentar Anda !