Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 5.427
Kemarin : 20.067
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Berita

21 juni 2007 02:56

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Sediakan Hotline Untuk Pembantu Rumah Didera

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Sediakan Hotline Untuk Pembantu Rumah Didera

Putrajaya, Malaysia- Kerajaan akan mewujudkan hotline untuk membantu pembantu rumah yang didera bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kes penderaan itu yang boleh menjejaskan nama baik negara pada peringkat antarabangsa.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata kementerian itu akan mewujudkan hotline itu tidak lama lagi bagi pembantu rumah dan juga pihak majikan yang ingin mendapatkan bantuan, dengan nombornya akan dihebahkan kepada orang ramai.

"Kabinet dalam mesyuarat hari ini memutuskan perkara ini dan kementerian saya akan melaksanakannya," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini (20/6).

Beliau berkata pembantu rumah boleh menghubungi kementerian menerusi hotline berkenaan jika mereka didera oleh majikan mereka, dan rakan serta jiran mereka juga boleh berbuat demikian bagi pihak mereka.

Pihak majikan juga boleh menghubungi kementerian jika pembantu rumah mereka gagal menjalankan tugas dengan baik selepas tiga bulan diambil bekerja ataupun pembantu rumah melarikan diri, katanya.

Mohd Radzi berkata kementeriannya juga akan meminda dan membaik pulih undang-undang berkaitan pengambilan pekerja asing, termasuk membentangkan undang-undang baru mengenai pekerja asing di Parlimen tidak lama lagi.

Antara cadangan yang dibuat adalah majikan akan didenda jika pembantu rumah mereka melarikan diri dan jika mereka melaporkan kepada kementerian, kementerian akan menyiasatnya terlebih dahulu.

"Jika majikan mendera pembantu rumah atau tidak membayar gaji, dia tidak akan dibenarkan untuk mengambil pembantu rumah lagi," katanya.

Mohd Radzi berkata undang-undang baru juga akan menjadikan ejen-ejen lebih bertanggungjawab kepada pembantu rumah dan pelanggan mereka, dan mereka tidak sepatutnya memaksa mereka untuk sengaja melarikan diri supaya dapat digunakan semula bagi majikan baru.

Beliau berkata sejak sehingga kini, terdapat kira-kira 316,982 pembantu rumah asing bekerja di negara ini dengan 299,877 orang adalah dari Indonesia.

Beliau berkata sejak Januari tahun lepas sehingga kini, terdapat 4,010 kes majikan disenarai hitam kerana kegagalan mereka untuk melaporkan kepada kementerian apabila pembantu rumah meninggalkan mereka apabila kontrak tamat, mengambil pembantu rumah baru atau tidak membayar gaji mereka.

Sumber : Bernama
Kredit foto : www.tempointeraktif.com


Dibaca : 2.108 kali.

Tuliskan komentar Anda !