Minggu, 22 November 2026 |Isnain, 11 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini
:
24.845
Kemarin
:
111.904
Minggu kemarin
:
2.656.496
Bulan kemarin
:
11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314 Sejak 01 Muharam 1428 ( 20 Januari 2007 )
AGENDA
Belum ada data - dalam proses
Berita
25 juni 2007 07:05
Indonesia Akan Umum Zon Dagangan Bebas Riau
Tidak bersaing dengan Wilayah Pembangunan Iskandar
Singapura- Beberapa Zon Dagangan Bebas di Kepulauan Riau bagi menggalak pelaburan dan perniagaan asing akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi, kata Menteri Perdagangan Indonesia, Dr. Mari Elka Pangestu.
Menjelaskan demikian kepada para pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai Zon Ekonomi Khas Kepulauan Riau di Hotel Marina Mandarin Singapura semalam (23/6), Dr Mari berkata:
“Bagi Kepulauan Riau kami gunakan undang-undang yang sudah pun ada dalam Zon Dagangan Bebas yang muncul dalam 2000 bagi melaksanakan beberapa Zon Dagangan Bebas yang kami harapkan dapat dihasilkan dalam beberapa minggu akan datang.”
“Kami akan mengumumkan beberapa Zon Dagangan Bebas tertentu bagi Kepulauan Riau. Namun saya belum boleh beritahu berapa Zon Dagangan Bebas yang akan kami hasilkan kerana kami masih menimbangkannya.”
Menurut beliau, Zon Dagangan Bebas di kepulauan Riau yang terdiri daripada Bintan, Batam dan Karimun adalah antara beberapa jenis zon tertentu seperti zon pelaburan dan zon perusahaan yang menawarkan insentif berbeza.
Kesemua zon tersebut berada di bawah naungan Zon Ekonomi Khas Indonesia yang dijangka akan diperkenalkan di Parlimen Indonesia pada hujung tahun ini.
Bulan lalu, Gabenor Kepulauan Riau, Encik Ismeth Abdullah, memberitahu wartawan jumlah pelaburan asing di tiga pulau itu dijangka berganda - daripada AS$8 bilion ($12.2 bilion) sekarang kepada AS$15 bilion dalam tempoh lima tahun selepas undang-undang Zon Dagangan Bebas itu diluluskan.
Daripada pelaburan AS$15 bilion itu, sekitar 60 peratus dijangka daripada syarikat-syarikat Singapura yang kebanyakannya menjalankan perniagaan dan pelaburan di sana menerusi usaha sama dengan syarikat-syarikat luar negara.
Antara sektor perniagaan yang boleh diteroka para peniaga Singapura di Kepulauan Riau termasuk sektor elektronik, perkilangan, kimia, perkapalan dan pakaian.
Dr Mari juga menjelaskan usaha-usaha giat yang dilakukan pemerintah Indonesia di Kepulauan Riau bagi menarik para pelabur asing tiada kaitan dengan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Selatan Johor.
Ini kerana usaha membangunkan Zon Dagangan Bebas di Kepulauan Riau sudah lama diusahakan sebelum pembangunan IDR yang diusahakan baru-baru ini, tambahnya.
Sumber : cyberita.asia1.com.sg Kredit foto : image.travelnow.com