Close
 
Jumat, 12 Juni 2026   |   Sabtu, 26 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 692
Hari ini : 12.731
Kemarin : 20.067
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Berita

01 agustus 2008 05:44

Malaysia-Indonesia Setuju Wujud TV Serantau

Malaysia-Indonesia Setuju Wujud TV Serantau

Kuala Lumpur- Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan siaran televisyen serantau seperti Al-Jazeera yang akan menyiarkan saluran berita dari RTM dan TVRI mulai Ogos.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau telahpun berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Infomatika Indonesia bulan lepas untuk mewujudkan saluran itu.

RTM juga sanggup menambah peruntukan untuk menghantar kakitangan stesen itu menjalani latihan bagi meningkatkan mutu penyampaian berita di RTM, katanya pada bengkel Berita TV di Angkasapuri Khamis malam.

Bengkel itu dianggotai bekas pensyarah Komunikasi Massa Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, bekas pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Mahadi J. Murat dan Pengurus Kanan Perkhidmatan Audio Visual Bernama TV Ahmat Abdul Wahab.

Ahmad Shabery yang juga moderator bengkel itu berkata sudah tiba masanya Malaysia mempunyai saluran berita seperti Al-Jazeera.

"Sebagai contoh apabila berlaku gempa bumi di Pulau Nias, kita menunggu berita CNN sedangkan kita ada kebolehan untuk buat semua itu," katanya.

Terdahulu semasa sesi pembentangan kertas kerja, Hamdan mencadangkan supaya penyampai berita RTM menimba pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

"Pembaca berita bukan sahaja perlu wajah yang cantik tetapi minda juga mesti cantik," katanya.

Mahadi pula berkata secara keseluruhannya siaran berita RTM berada pada tahap yang baik tetapi persepsi masyarakat yang mengganggap berita TV3 lebih baik, ini menyebabkan penonton cenderung menonton berita TV3.

Sumber : http://www.bernama.com (01 Ogos, 2008)


Dibaca : 1.866 kali.

Tuliskan komentar Anda !