Minggu, 10 Mei 2026   |   Isnain, 23 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.422
Hari ini : 44.827
Kemarin : 40.425
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Tentang kami

Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop (Universiti Putra Malaysia - Malaysia)

11 September 2007, 04:37 pm

Nama : Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop
Alamat :
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia.

Phone : -
Institusi :
Penyelaras Unit Dokumentasi Warisan Bangsa,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia.

Komentar :

Saya dan rakan-rakan di sini amat terkilan kerana tidak dapat mengunjungi Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu tatkala kami berkesempatan berada di Jogja. Segalanya di luar rencana. Dan Insyaallah kami akan berusaha untuk ke sana lagi khusus bagi mencapai matlamat kolaborasi itu. Hulurkan kemaafan kami kepada semua saudara yang menantikan pertemuan yang tidak kunjung tiba itu.

Saya sudah mulai mengunjungi situs MelayuOnline dan secara ikhlasnya pujian harus diberikan kepada Sdr dan Tim Penyelenggara yang telah berjaya menghasilkannya. Banyak lagi yang boleh kita kongsikan bersama, dan kami bersedia menghulurkan sumbangan berupa maklumat dan fakta khususnya tentang budaya Melayu di Malaysia.

Sambil itu, suka juga saya sarankan supaya pihak Sdr meneroka budaya rumpun Melayu Proto (di Malaysia disebut Orang Asli) yang masih terdapat di Indonesia (khususnya dalam kumpulan Orang Laut). Saya membuat penelitian linguistik antropologi khusus terhadap mereka yang berada di Malaysia pada peringkat doktor falsafah antara 2000 hingga 2005 dahulu. Banyak petunjuk membuktikan bahawa mereka sedang diancam kepupusan etnik dan juga ciri budaya mereka. Sebelum keturunan mereka lenyap dari muka bumi, sewajarnya kita mendokumentasi segala aspek kehidupan mereka yang masih boleh ditanggap. Jika mengambil kira laporan Kongres Linguistik Nasional tempoh hari, 33 bahasa daerah di Indonesia telah pupus. Dan saya menambah, melalui hasil kajian saya, bahawa ada sekurang-kurangnya 3 lagi (khususnya di Kepulauan Riau) yang sedang nazak dan akan pupus tidak berapa lama lagi. Jika tiada lagi pun ciri budaya tampak mereka, sekurang-kurangnya bahasa pertuturan mereka masih boleh didengar dan wajib didokumentasikan. Untuk Orang Asli di Malaysia, Alhamdulillah saya telah memperoleh geran penyelidikan UPM untuk melaksanakan kajian tentang mereka secara tuntas. Segala maklumat ini nanti boleh kita kongsikan bersama.

Sekian dahulu untuk kali ini. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Wassalam.

Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop

Dibaca : 18.438 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password