Kamis, 21 Mei 2026   |   Jum'ah, 4 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 397
Hari ini : 9.837
Kemarin : 30.757
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Tentang kami

Mahamad A`sim bin Salleh (Kuala Terengganu - Malaysia)

20 Mei 2008, 3:25 pm

Nama : Mahamad A‘sim bin Salleh
Institusi : Pendidikan

Pesan :

Saya ingin mencari salasilah yang dikatakan bahawa saya merupakan keturunan ahli sufi daripada hadramaut yaman, bersalasilah juga dengan keturunan diraja Brunai. Moyang Saya diberitahu bernama Semaun dan kuburnya masih ada di Masjid Batu Maung Pulau Pinang. Maklumat terakhir, Semaun datang dari Sumatra melarikan diri semasa dikejar tentera Belanda akibat Perang Jawa. Ada sumber menyatakan bahawa dari Acheh. Beliau datang tiga beranak ke Pulau Pinang. Setiap tempat yang beliau pergi, beliau akan membina masjid. Malahan kampung Jerlun dan Ayer Hitam negeri Kedah telah dibuka oleh anaknya. Ramai sumber yang memberitahu sedemikian. Sehubungan itu, saya memohon jasa tuan memberi maklumat berkaitan salasilah warisan di Brunai berkaitan keluarga saya.

Difahamkan kerajaan Diraja Brunai tahu, tetapi menyuruh pihak keluarga kami menghubungkan sendiri dengan salasilah mereka dan akan diberikan imbuhan jika diketemui.

Saya senaraikan nama saya dan seterusnya, “Mahamad A;sim Bin Salleh Bin Haji Mohamad Noor, Bin Haji Salleh Bin Lebai Semaun” (kubur atau makamnya menonjol berbanding yang lain, diharap dapat membuat kajian saintifik supaya diketahui usia batyu tersebut dan beliau yang membina masjid di sebuah tempat bernama Batu Maung, Pulau Pinang.

Harap tolong. Wassalam.

Mahamad A‘sim bin Salleh

Dibaca : 14.611 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password