Dr. Ibrahim Bakar (Kedah - Malaysia)
5 Februari 2009, 03:46 pm
Nama : Dr. Ibrahim BakarInstitusi : - Komentar :
Saudara Sidang Redaksi yang saya hormati,
Melayari Melayu online benar-benar menimbulkan rasa kekaguman dan ‘heran bin ajaib‘. Manakan tidak. Selama ini pandangan kami berlainan, sedangkan kini telah berubah sama sekali. Maksudnya, Melayu online telah merobah sudut pandangan kami sekelip mata.
Saya pernah menemukan pandangan di kalangan ilmuan Indonesia, bahawa ‘Melayu‘ didefinisikan sebagai satu ‘suku‘ yang hidup di pesisir timur Sumatera dan kepulauan Riau. Definisi ‘kesukuan‘ ini telah secara otomatik mengeluarkan suku Jawa, Aceh, Lombok, Flores dan banyak lagi ........ Masih ramai di kalangan ilmuan Indonesia taksub dengan definisi ini.
Sebab itu saya katakan, saya kagum dengan kumpulan saudara, yang hidup seharian di lubuk budaya Jawa, tetapi telah melaungkan definisi ‘Melayu serumpun‘, bukan Melayu sebagai suku bangsa. Bukan mudah menujah angin songsang, atau melayari air mudik.
Sekalung tahniah buat saudara. Hidup Melayu. Hidup MelayuOnline.com.
Wassalamu alaikum warahmatullah.
Hormat dari, Dr. Ibrahim BakarKedah, Malaysia. Dibaca : 5.496 kali.
Berikan komentar anda :