Profesor Datuk DR. Abdul Latief Abu Bakar (Universiti Malaya - Malaysia)
1 Maret 2009, 9:30 am
Nama : Profesor Datuk DR. Abdul Latief Abu Bakar
Institusi : Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
Komentar :
Assalamualaikum warah matullah.
Salam buat kumpulan penyelenggara Melayuonline.com dan tahniah di atas usaha gigih melestarikan budaya dan intelektualisme Melayu di persada antarabangsa.
Maksud dan tujuan e-mel ini ialah untuk MEMOHON IZIN MENCETAK BAHAN YANG MENYENTUH HAL-EHWAL DIRI SAYA TERUTAMA ARTIKEL BERTAJUK “KEPULAUAN RIAU SEBAGAI PUSAT TAMADUN MELAYU NUSANTARA” yang disiarkan di melayuonline.com. Saya menghadapi kesulitan untuk muat turun artikel tersebut dan memohon agar dimudahkan usaha tersebut.
Saya mohon bantuan pihak tuan untuk muat turun bahan dan dikirimkan ke alamat e-mel saya untuk tujuan cetakkan dan dokumentasi peribadi.
Segala jasa baik dan bantuan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat.
Profesor Datuk DR. Abdul Latief Abu Bakar
Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
Dibaca : 5.577 kali.
Berikan komentar anda :