Rabu, 13 Mei 2026   |   Khamis, 26 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 5.187
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Tentang kami

Salfarina (Universiti Sains Malaysia - Penang - Malaysia)

22 April 2009, 5:21 pm

Nama : Salfarina
Institusi : Universiti Sains Malaysia

Komentar :
 
Satu website yg sangat informatif dan design web yang menarik, serta user friendly.

Saya ingin bertanya, ada sesiapa yang menkaji asal makanan melayu? Adakah laksa asalnya makanan melayu? Kita ada ayat juta laksa...

Saya di perantauan hairan kerana makanan melayu banyak dikatakan makanan asal dari China seperti laksa, satay, kuih lapis, tepung talam dan sebagainya.

Tiadakah orang kita yang boleh membuat kajian untuk membuktikan kepada dunia bahwa makanan itu makanan Melayu. Sekiranya laksa berasal dari China, adakah org China zaman dahulu menggunakan belacan, daun kesom, lengkuas, serai...? Setahu saya mereka banyak makan sup-sup kosong bersama mee.

Mungkin Melayu mereka cipta mee sendiri dengan tepung beras dan dijadikan laksa? Sudah banyak diterbitkan buku resepi di perantauan yang menyatakan laksa, kueh lapis, tepung talam, seri muka dan sebagainya adalah masakan China dan orang luar negara percaya.

Oleh itu saya mohon sekiranya ada kajian dlm bidang culture makanan, sila berikan hasil kajian anda untuk tatapan umum. Setahu saya, ketika zaman dahulu, nenek saya ada yang bermurah hati mengajar orang Cina membuat kueh muih Melayu dan masakan Melayu.

Sekiranya itu masakan dari China, manakan mereka mahu mempelajarinya dari orang Melayu.

Terima kasih.

Salfarina
Dibaca : 3.417 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password