25 September 2009, 2:02 pm
Nama :
Nor NieInstitusi :
Komentar : Assalamualaikum..
Salam persaudaraan rumpun Melayu
Saya amat terharu apabila meneliti laman web melayuonline.com ini kerana masih ada dalam kalangan kita rumpun Melayu yang menyediakan peluang untuk kita sama-sama merapatkan persaudaraan di bawah satu perikatan, iaitu ikatan persaudaraan melayu.
Ingatlah kita sebenarnya daripada satu rumpun yang berkongsi bahasa, adat budaya dan agama tetapi telah dipisah-pisahkan oleh penjajah barat yang telah memisahkan kita melalui sempadan negeri.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan melawat saudara kita di selatan Thai, Kemboja, Brunei, Singapura, Pontianak (Kalimantan Barat), Riau selain daripada Malaysia semuanya mengamalkan adat budaya dan bahasa Melayu. Jangan kita terpisah kerana sempadan negara. Bak kata pepatah Hang Tuah " Tak kan Melayu hilang didunia".
Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan didalam hati.
Tahniah.
Nor Nie