Senin, 27 Maret 2017   |   Tsulasa', 28 Jum. Akhir 1438 H
Pengunjung Online : 9.893
Hari ini : 72.006
Kemarin : 113.319
Minggu kemarin : 301.775
Bulan kemarin : 4.019.095
Anda pengunjung ke 102.007.834
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Tentang kami

Musa Bin Kasim

18 juni 2011, 9:10 am
Nama : Musa Bin Kasim
Alamat : Taman Kenangan Batu 6 Gombak
Institusi : Universiti Sains Malaysia

Komentar :
Assalamualikum WBT.

Saya telah membaca artikel yang bertajuk "Potensi Melayu Menjadi Perkasa". Saya juga
telah ada membaca beberapa artikel tentang sejarah Melayu di blog-blog yang terdapat
di internet.

Persoalan yang ingin di utarakan ialah bolehkah rumpun Melayu menjadi perkasa kalau
sejarah Melayu sendiri telah dijajah dan pesongkan. Bolehkan Melayu bangkit semula
sekiranya sejarah asal usul Melayu telah ditenggelamkan dan disorokkan dari
pengetahuan Melayu.

Statement dari satu blog .. "Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu adalah bangsa
yang tidak punya cerita masa hadapan. Sejarah boleh digelapkan, sejarah boleh
diputar belitkan, dipadam dan ditulis semula, kerana ’orang yang menang akan menulis
sejarah untuk yang kalah’.
 
Walaupun dahulunya sesuatu bangsa itu memiliki sejarah agung dan peradaban, namun
tidak mustahil suatu hari nanti segala keagungannya akan lenyap tidak berbekas
akibat kelemahan sendiri, berpecahbelah dan dengki-mendengki. Ketika peradaban
sesuatu bangsa itu runtuh, tidak mustahil ada orang lain yang akan mencuri peradaban
bangsa yang diruntuhkan itu sama ada kota, istana, tanah dan empayar mahupun budaya,
kesenian dan pemikiran."

Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain. Akhirnya
sesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair, apabila tempat
tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu. Kaji tuntutan Filipina ke atas
Sabah.Kaji tuntutan Kepulauan Spratly. Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu
Putih.Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita.Kaji status Hong Kong
setelah tamat penjanjian koloni British.Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan
Portugis. Lihat, tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah,
bukan penguasaan ekonomi atau politik. ANDA NAMPAK RAHASIA INI? "

KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.....
 
Ini realitinya.  Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan
kejatuhan Melaka, era penjajahan sehingga merdeka.  SEjarah orang Melayu pada hari
ini di buku-buku teks sekolah adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA
YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA
EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG DUNIA!

Untuk pengetahuan, petikan artikel-artikel yang saya ambil adalah dari blog semuanya
dari Malaysia. Yang dapat saya faham artikel tersebut timbul lantaran bangsa Cina
dan India di Malaysia mula mempertikaikan Melayu juga sebagai pendatang.

Persoalannya, bagaimana Melayu boleh menjadi perkasa sedangkan sejarah Asal Usul
sebenar Melayu, kita tidak tahu, sehingga jatidiri jadi lemah.

Sekian, Wassalam
 
Dibaca : 3.204 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password