Sabtu, 25 Maret 2017   |   Ahad, 26 Jum. Akhir 1438 H
Pengunjung Online : 5.522
Hari ini : 58.141
Kemarin : 60.495
Minggu kemarin : 301.775
Bulan kemarin : 4.019.095
Anda pengunjung ke 101.985.726
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Budaya Melayu

Penyata Congress Persuratan Melayu

Semalaya Kali Pertama
Special Hall, Sea View Hotel, Singapore
12 dan 13 April 1952

1. Panitia Congress

  1. Kamaluddin Mohamad - Keris Mas (Pengerusi), Angkatan Sasterawan ‘50, Wartawan
  2. Mohd Ariff Ahmad – MAS, (Setiausaha), Angkatan Sasterawan ‘50, Guru
  3. A. Rahman Hassan (Bendahari), Trengkas Melayu Institute, Pengarah Trengkas
  4. Ahmad Shahrum (Pemeriksa Kira2), Kesatuan Guru2 Melayu Singapura, Guru
  5. Jymy Asmara (Anggota panitia), (ASAS ‘50), Wartawan
  6. Mohd. Yusof Lana (Anggota panitia), K.G.M.S. Guru
  7. Sarah Bt. Md. Shah (Anggota panitia), K.G.M.S. Guru
  8. Harun Aminurrashid (Anggota panitia), Lembaga Bahasa Melayu, Wartawan
  9. Mahmud Bin Ahmad (Anggota panita), Lembaga Bahasa Melayu, Guru
  10. Ramli Abdul Hadi (Anggota panitia), Lembaga Bahasa Melayu, Wartawan radio
  11. A. Aziz H. M. Said (Anggota panitia), Trengkas Melayu Institute
  12. Idris Bin Baba (Anggota panitia), Trengkas Melayu Institute
  13. Nongchik Ghani (Anggota panita), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura,
  14. Mohibbah Asmara(Anggota panitia), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, Guru
  15. Anis Bin Osman (Anggota panitia), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura.

Panitia ini telah di-tubohkan oleh 5 petubohan persuatan Melayu Singapura (bagi mengadakan satu persidangan Pertubohan2 Pesuratan Melayu Sa-Malaya, dengan anjoran Angkatan Sasterawan ‘50, sa-bagai menyahut seruan penchinta2 KESUSASTERAAN MELAYU melalui surat2 khabar dan beberapa majlis perbahathan.

Setiausaha PPMS 1

2. Persidangan

Persidangan ini telah di-adakan pada 12 dan 13 April 1952, bertempat di-Dewan

Khas, Sea View Hotel, Singapura.

3. Yang Hadhir Dalam Persidangan

14 orang anggota panitia – Lembaran PCPM 1 (1952)

58 Orang ahli2 persuratan dan sasterawan2 yang mewakili pertubohannya,

ia-itu:

Angkatan Sasterawan ‘50, No 1. Henderson Drive, Singapore 3)

1. Hamzah
2. Awam il-Sarkam
3. Asraf
4. Rosmera

Lembaga Bahasa Melayu, No 1 Lorong H, Telok Kurau, Singapore 15

5. Haji Kassaim Adam
6. S. Abdullah Bashmeh
7. A. Bakar Ali

Kesatuan Guru2 Melayu Singapura, No 1 Lorong H, Teluk Kurau, Singapore 15

  8. Ja‘afar Muhammad
  9. A. Hamid Bin Surian
10. Mohd. Amin Rasimon

Trengkas Melayu Institute, 71 Jalan Omar Samad, Malay Settlement, Singapore 14

11. Buyong Adil
12. Muhammad Abdullah
13. Halimah Binti Husain

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, 844-14 Upper Seranggon Road Singapore 19

14. Mod. Haniffa Kanu
15. Mohd. Suhaimi Amin
16. Nongchik A. Ghani

University of Malaya Muslim Society, University of Malaya, Cluny Road, Singapore 10

17. Abdullah Ayub

P. Bm. P. B. Diraja Johor, d/a Pejabat Pelajaran Johore Bahru, Johore

18. Major Datok H. M. Said
19. Colonel Dato Haji Musa
20. S. Nasir Bin Ismail

Persatuan Penuntut Melayu Pontian, d/a Sekolah Melayu Pontian Kechil, Pontian, Johore

21. Ali Bin Haji Ahmad
22. Mohtaram Bin Rabidin
23. Halimah Binti Sulong

Kutub Khanah UMNO J. B., 31 Jalan Ibrahim, Johore Bahru

24. Mohd. Yusof Bashah
25. Arifin Ishak
26. Hasnah Yusof

Ikatan Persuratan Melayu, 6 Lorong Bukit China, Malacca

27. Mohd. Yusof Harun
28. A. Samad Bin Ahmad (Muar)
29. Asmad Ahmad (J.B.)

Lembaga Pembangunan Sastera, c/o 37 Jalan Kangsar, Kuala Kangsar, Perak

30. Khalid Abbas
31. Mohd Assry
32. Husni Fadzil

Angkatan Sasterawan Utara Malaya, 51 Bishop Street, Penang

33. Mohd. Hanieff
34. Bakhtiar Djamily
35. Mohd. Deni Nordin
36. A. Bakar Ahmad

Lembaga Pembagun Bahasa Melayu, 270-G Jalan Pegawai, A. Star, Kedah

37. Abu Zaky
38. Affrini Adaham
39. Za‘im Hariza

B. P. Pemuda Asohan Bekerjasama, 248 Jalan Post Office, Kota Bharu, Kelantan

40. Ahmad Wajdi
41. Ismail Datok Lela Negara

Gabongan Penuntut Melayu Semenanjong, c/o University Malaya, Cluny Road, Singapore 10

42. Ali Abdullah

Sahabat Pena, 141 Wishart Road, Singapore 4

43. Abdullah Hayme
44. Damiri H. Ismael
45. Rayuan Sukma

Badan Kesenian Pulau Brani/Belakang Mati, d/a Sekolah Melayu Telok Saga, Pulau Brani, Singapore 2

46. A. Latiff Ismail
47. A. Bakar Ali
48. Abdullah Othman
49. Ahmad Bin Abdullah

Taman Bachaan Bedok, d/a Sekolah Melayu Padang Terbakar, Singapore 17

50. S. Mansor
51. H. A. R. Rauf
52. Sulaiman A. Samad

Angkatan Sasterawan Negeri 9, c/o Sentosa Store, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

53. A. Majid A. Wahab
54. A. Samad Idris
55. Ismail Mokhtar

Persatuan Penuntut Melayu J. B., c/o Johore English College, Johore Bahru, Johore

56. A. Hamid Rahmat
57. Senawi Taman
58. Mas‘od A. Rashid

86 Pemerhati terhimpun daripada mereka yang menaroh minat terhadap kemajuan dan perkembangan kesusasteraan Melayu.

4. Chatetan Persidangan

12 April 1956

8.30 pagi: Wakil2 Pertubohan2 dan Pemerhati2 sampai di-tempat persidangan.

8.45 pagi: Wakil2 Pertubohan dan Pemerhati2 siap sedia di-tempat masing2 bagi memulai persidangan, membinchangkan perkara2 yang telah di-kemukakan oleh Panitia melalui risalat-nya.

9.00 pagi: Pengerusi Panitia memberi uchapan mengalu2kan kedatanan para waki dan pemerhati2 sakalian. Pengerusi Panitia menyatakan bahawa persidangan yang di-adakan pada hari ini bukan-lah dengan kehendak saorang dua atau dengan kehendak Asas ‘50, atau Lembaga Bahasa Melayu, atau sa-bagai-nya, tetapi ia-lah dengan kehendak sa-luroh ra‘ayat yang menghendaki bahawa Malaya Merdeka yang sedang di-perjuangkan sekaran ini tidak akan menjadi negara bisu atau negara pelat. Sebab itu mereka melaongkan suara-nya di-mana2 sahaja dapat mereka bersuara, memina diadakan satu persidangan Persuratan saperti sekarang ini. Kemudian pengerusi mempersilakan Puan Hajjah Zain membuka upachara Persidangan Persuratan Melayu Sa-Malaya kali Pertama itu.

9.15 pagi: Puan Hajjah Zain memberu uchapan pembukaan Persidangan ini dengan mendahului uchapan salam dan jeritan Merdeka. Di-antara uchapannya, Puan menyatakan kekhuatiran orang Melayu menghadapi perubahan, tetapi satu perubahan pasti akan berlaku untok perbaikan masharakat Melayu. Mengakhiri ucapan-nya, Puan menyerukan moga2 persidangan ini akan menambil keputusan2 yang berguna kapada pembangunan bahasa Melayu. Kemudian Puan menyerukan, Persidangan ini di-buka dengan BISMILLAHI ‘L-RAHMANI ‘L-RAHIM ....

Uchapan ”Selamat bersidang” dari Tuan Z‘aba di-bachakan oleh Sdra. Ramli Abdul Hadi. Di-antara uchapan-nya berkata-lah Tuan Z‘aba, ”dengan persatuan dapatlah kekuatan, umpama-nya boleh jadi terkenal dan teraku oleh pehak yang berkuasa, terkenal dan teraku oleh oran-orang di-luar Malaya yang berhampiran; dan jika tinggi darjat kerja2 yang di-sempurnakan oleh persatuan itu neschaya terkenal dan teraku pul kapada tuboh2 penyiasat bahasa di-seluroh duni.”

Wakil Kutub Khanah UMNO Johor Bahru menchadangkan supaya ranchangan persidangan yang di-beri oleh Panitia itu di-pinda menjadi:

  1. Majlis perkenalan yang pendek dan rengkas
  2. Melantek Pengerusi dari wakil yang hadhir
  3. Agenda
  4. Menetapkan tarikh bersidang lagi
  5. Bertanggoh

Chadangan itu tiada penyokong-nya. Pengerusi Panitia lalu mengemukakan usul Panitia memileh Pengerusi Persidangan ini.

Panitia menchadangkan Tuan A. Rahman Bin H. M. Said, Yang Di-Pertua Kesatuan Guru2 Melayu Singapura dan Yang Di-Pertua Lembaga Bahasa Melayu, menjadi Pengerusi. Di-sokong oleh Asas ‘50.

Kutub Khanah UMNO Johor Bahru menchadangkan Tuan Syed Nasir Bin Ismail, wakil P. Bm. P. B. Di-Raja Johor menjadi Pengerusi, dan di-sokong oleh Persatuan Pemuda Pemudi Melayu Singapura.

Undian Rahsia di-jalankan, 14 memileh Tuan A. Rahman dan 7 memileh Tuan Syed Nasir.

Pengerusi Panitia menerangkan tujuan dan penting-nya mengadakan congress persuratan ini.

10.00 pagi: Tuan A. Rahman mengambil tempat sa-bagai Pengerusi Persidangan bagi ari ini sahaja. Beliau membachakan sharat2 bersidang saperti yang telah di-tetapkan oleh Panitia-nya.

Tuan Syed Jaafar Albar menarek perhatian Panitia menjemput Penerbit2 dalam Persidangan ini tidak sebagai pemerhati, tetapi patut di-anggap mereka sa-bagai ahli persidangan yang berhak mengundi dan memutuskan sa-barang hal persidangan ini. Bagi pihak Penerbitan QALAM beliau minta wakil2 penerbit di-akui sa-bagai keluarga persidangan yang berhak bersuara dan mengundi.

Pengerusi menerankan bahawa persidangan ini di-buat kerana pertubohan2 persuratan sahaja, tidak termasok penerbit2. Tetapi jika persidangan ini mau menyetujui rayuan QALAM itu, patut juga kita mengambil keputusan sekarang.

Wakil University Malaya Muslim Society encadangka supaya penerbit di-sifatkan sa-bagai PEMERHATI sahaja. Di-sokong oleh Angkatan sasterawan ‘50.

Lembaga bahasa Melayu menchadangkan supaya penerbit2 di-beri peluang sa-bagai perwakilan yang dapat mengundi. Di-sokong oleh Kutub Khanah UMNO Johor Bahru.

Undian rahsia di-jalankan. 14 suara meletakkan penerbit sa-bagai PEMERHATI. 2 suara bersetuju penerbit2 di-jadikan perwakilan. 3 suara tidak mengundi.

11.27 pagi: WAKIL2 PENERBIT ”QALAM” MENINGGALKAN PERSIDANGAN, dengan lebih dahulu meminta izin dari Pengerusi dan Panitia.

11.30 pagi: Majlis perkenalan di-jalankan.

Tiap2 perwakilan menerangkan sikap pertubohan-nya.

Tiap2 pemerhati yang hadhir juga di-perkenalkan oleh Setiausaha Panitia dengan meneriakkan nama-nya.

12.30 tengahari: REHAT

2.00 petang: Persidangan di-mulakan.

Agenda 1: Membinchangkan sama ada persidangan hari ini akan mengadakan:

  1. Gabongan Badan2 Persuratan Sa-Malaya
  2. Menubohkan satu sahaja Pesatuan Persuratan Melayu Sa-Malaya, atau
  3. Mengadakan congress persuratan yang ta‘ berpelembagaan dari sa-masa ka-sa-masa

Perbinchangan:

  1. Kutub Khanah UMNO Johor Bahru menchadangkan supaya persidangan ini mengambil keputusan mengadakan SATU SAHAJA PERSATUAN PERSURATAN MELAYU MALAYA. Cadangan di-sokong oleh Asas Negeri Sembilan.
  2. K.G.M.S. menchadangan supaya persidangan ini mengambil keputusan akan mengadakan CONGRESS YANG TA‘ BERPELEMBAGAN DARI SAMASA KA-SA-MASA. ”Langkah ini tidak akan mengechewakan pertubohan2 yang ada sekarang” kata wakil K.G.M.S. Chadanga itu disokong oleh Lembaga Bahasa Melayu.
  3. LEPAS mengemukakan supaya persidangan ini akan mengambil kesimpulan hendak mengadakan Gabongan Badan2 Persuratan sa-Malaya.Chadangan ini di-sokong oleh P.P.P.P.M.S.
  4. Perbinchangan di-buka. Tiap2 perwakilan di-persilakan memberikan sikapnya terhadap ketiga2 chadangan ini. Kemudian Pengerusi meminta fikiran terbuka dari pemerhati untok mendapat fikiran2 yang lebeh baik sa-belum keputusan di-ambil.

Keputusan Persidangan mengenai chadangan mengadakan ”Gabongan Badan2 Persuratan Melayu Sa-Malaya.”

Pertubohan menyetujui:

  1. I.P.M. Malacca
  2. L.P.B.M. Kedah
  3. B.P./P.A.B. Kelantan
  4. LEPAS Perak
  5. P.P.P.P.M. Singapura

Pemerhati: ta‘ ada

Keputusan Persidangan mengenai chadangan mengadakan ”Kesatuan (Satu sahaja) Persatuan Persuratan Melayu Malaya.”

Pertubohan menyetujui:

  1. Kutub Khanah UMNO Johor Bahru
  2. Asas Negeri, Negeri Sembilan
  3. P.Bm.P.B. Diraja, Johor

Pemerhati: ta‘ ada

Keputusan Persidangan mengenai chadangan mengadakan “Congress Persuratan Melayu sa-Malaya (Yang tak Berperlembagaan) dari sa-masa ka-sa-masa.”

Pertubuhan menyetujui:

  1. K.G.M.S. Singapura
  2. L.B.M. Singapura
  3. ASAS ‘50 Singapura
  4. U.M.M.S. (Malaya)
  5. TRENGKAS (Malaya)
  6. P.P.M. Pontian, Johore
  7. BK/PB.BM. Singapura
  8. P.P.M.J.B. Johore
  9. SAHABAT PENA (Malaya)
  10. ASAS UTAMA. Penang
  11. G.P.M.S. (Malaya)

Pemerhati:

  1. Harun M. Amin
  2. Ibu Zain
  3. H. Ahmad Ya‘kub
  4. Darus Shariff
  5. Ismail Tamin
  6. M. Nor Ahmad

Sa-baik2 keputusan ini di-ambil, Persidangan ini tela meminda beberapa sharat2 dalam PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. (Lihat PCPMM I 1952).

5. Piagam Congress

ANGGARAN DASAR CONGRESS PERSURATAN MELAYU SEMALAYA

Tujuan Congress

  1. Menyatukan sa-barang usaha semua Badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Sinapura dan Borneo Utara.
  2. Mengambil keputusan mu‘tamad yang sama, atas sa-barang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. Juga akan membela hak2 pengarang2, sasterawan2 dan ali2 bahasa Melayu.

Chara2 Congress

  1. Congress boleh di-adakan bila2 masa perlu oleh sa-buah pertubohan atau beberapa pertubohan persuatan menjadi satu.
  2. Pertubohan persatuan yang mengusulkan congress itu dengan sendirinya menjadi Panitia Congress, akan menyediakan tempat dan kesiapan2 congress serta memanggil lain2 pertubohan ka-CONGRESS itu.

Persetiaan

  1. Sa-luroh pertubohan2 persuratan yang termasok menjadi kerabat congress hendak-lah menta‘ati keputusan mu‘tamad yang di-ambil oleh congress.
  2. Pertubohan2 kerabat conress hendaklah berusaha melaksanakan keputusan2 yang di-ambil oleh congress bagi memajukan bahasa dan persuratan Melayu.
  3. Sa-baran keputsan congress hendak-lah di-anggap sah oleh kerabat congress.
  4. Segala keputusan congress akan di-ambi mengikut undi terbanyak.
  5. Tiap2 pertubohan hanya mempunyai SATU UNDI SAHAJA.

 

Ketenteuan piagam itu di-terima oleh persidangan dengan chadangan ANGKATAN SASATERAWAN ‘50, di-sokong oleh LEMBAGA BAHASA MELAYU.

Di-sahkan oleh:

Tandatangan
A. Raman Bin Haji Md. Said
Pengerusi Persidangan 12 April 1952

Di-akui oleh keluarga persidangan dengan tandatangan2.

  1. Mohd. Asraf (Angkatan Sasterawan ‘50)
  2. Haji Kassim Adam (Lembaga Bahasa Melayu)
  3. Jaafar Muhammad (Kesatuan Guru2 Melayu Singapura)
  4. Buyong Adil (Trengkas Melayu Institute)
  5. Mohd. Haniffa Kanu (Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura)
  6. Ali Abdullah (University of Malaya Muslim Society)
  7. Datok Haji Mohd. Said (P.Bm.P.B. Diraja, Johore)
  8. Ali Bin Haji Ahmad (Persatuan Penuntut Melayu Pontian)
  9. Mohd. Yusof Bashah (Kutub Khanah UMNO Johore Bahru)
  10. Mohd. Yusof Harun (Ikatan Persuratan Melayu)
  11. Khalid Abbas (Lembaga Pembangunan Sastera)
  12. Mohd. Hanieff (Angkatan Sasterawan Utara Malaya)
  13. Za‘im Hariza (Lembaga Pembangunan Bahasa Melayu)
  14. Ismail Datok Lela Negara (B. P. Pemuda Asohan Bekerjasama)
  15. Abdullah Hayme (Sahabat Pena)
  16. Abdullah Othman (B. K. Pulau Berani/Belakang Mati)
  17. H. A. R. Rauf (Taman Bachaan Bedok, Singapura)
  18. Ismail Mokhtar (Angkatan Sasterawan Negeri 9)
  19. A. Hamid Rahmat (Peratuan Penuntut Johore Bahru)

Tandatangan

Mohd. Ariff Ahmad (MAS)
Setiausaha Panitia
Congress Persatuan Melayu Malaya Pertama

6.00 petang: PERSIDANGAN DI-TANGGOHKAN HINGGA HARI ESOK-NYA 13 APRIL 1952.

6. Persidangan Pertama CPMM 13 April 1952

9.00 pagi

  1. Kerabat Congress telah sedia di-dewan persidangan, kechuali wakil P.Bm.P.B. Diraja, Johore, kerana mereka terpaksa menghadhiri persidangan lain di-Batu Pahat.
  2. Pengerusi Panitia menyatakan ke‘udzoran-nya, Tuan Harun Aminurrashid mengambil tempat (beliau) melakukan pemilihan pengerusi persidangan hari ini.
  3. Di-chadangkan oleh Trengkas dan di-sokong oleh Sahabat Pena, dengan ta‘ ada penolakan atau chadangan lain, Tuan A. Rahman Bin Haji Mohd. Said, pengerusi persidangan semalam di-lantek kembali menjadi Pengerusi hari ini.

9.15 pagi: Pengerusi mengmbil tempat dan mengemukakan kepada persidangan Agenda 11, iaitu: Membinchangkan perkara TULISAN RUMI DAN JAWI.

Perbinchangan

  1. Lembaga Bahasa Melayu bertanya, ”Apa-kah yang mendorong Panitia mengemukakan perkara tulisan ini menjadi agenda congress?”
  2. Setiausaha Panitia menerangkan: ”Perkara Tulisan bagi perkembangan bahasa dan kesusasteraan telah menjadi hangat dalam kalangan penchinta2 kesusasteraan Melayu sekarang. Hal ini dapat di-buktikan dengan mengikuti akhbar2 dan beberapa perbahathan2 antara orang2 yang chinta kapada perkembangan kesusasteraan Melayu. Supaya perkara itu tidak di-pandang sepi sahaj oleh masharakat, maka Panitia terus mengemukakan hal itu untok mendapat keputusan yang dapat di-pertangongjawabkan.”
  3. L. B. M. Menchadangkan supaya kedua2 tulisan Jawi dan Rumi mesti dipakai. Tulisan Jawi ia-lah tulisan kebangsaan Melayu, kata L. B. M.
  4. LEPAS menyokong chadangan L. B. M.
  5. BP/P. A. B. Menchadangkan supaya tulisan Jawi sahaj di-pakai dan menghapuskan tulisan Rumi daripada Persuratan Melayu. Ta‘ ada sokongan daripada kerabat congress. Chadangan itu gugor sendiri.
  6. Taman Bachaan Bedok menchadangkan supaya Tulisan Rumi sahaja dipakai dan mengetepikan Tulisan Jawi. Di-sokong oleh Sahabat Pena.
  7. ASAS ‘50 menchadangkan supaya Tulisan Rumi di-resmikan jadi Tulisan bagi kesusasteraan Melayu, tetapi Tulisan Jawi tidak di-hapuskan, kerana orang Melayu menerima pengajaran agama Islam melalaui tulisan Jawi.

Chadangan ini di-sokong oleh G.P.M.S.

Wakil2 yang Menyokong Fikiran2

Pakai kedua2 Tulisan Jawi dan Rumi, chadangan L. B. M. Dengan sokongan LEPAS.

  1. K. G. M. S.
  2. Trengkas
  3. P.PM, Johore Bahru

Resmikan RUMI, dan jangan buang JAWI. Chadangan ASAS ‘50 dengan sokongan G. P. M. S.)

  1. ASAS UTAMA
  2. ASAS NEGERI
  3. I. P. M.

Pakai RUMI SAHAJA, buang Jawi. Chadangan T. B. B. Di-sokong oleh S.P.

  1. PPM, Pontian

Setelah di-jalankan undi rahsia, terdapat-lah keputusan berikut:

  1. TULISAN RUMI DAN JAWI SAMA2 DI-PAKAI (8 suara)
  2. RESMIKAN TULISAN RUMI, JAWI DI-PAKAI JUGA (7 suara)
  3. TULISAN RUMI SAHAJA DI-RESMIKAN, JAWI DI-BUANG (2 suara)
  4. Tidak mengundi mana2 pun keputusan (2 suara)

Sa-telah Congress mengambil keputusan atas suara terbanyak, maka satu Jawatankuasa Penyiasatan-nya di-lantek untok memberikan Penyata Penyiasatan-nya dalam Congress Kedua kelak supaya Congress akan memikirkan kembali patut tidak-nya Persuratan Melayu di-siarkan dengan satu sahaja tulisan atau kedua2-nya.

7. AHLI2 JAWATANKUASA PENYIASAT TULISAN

Ketua: Tuan Harun Aminurrashid

Wakil Ketua: Tuan Mahmud Bin Ahmad

Setiausaha: Keris Mas

Penolong Setiausaha: Tuan Ramli Abdul Hadi

Wakil Bahagian Utara: Tuan Mohd Assry (LEPAS)

Wakil Bahagian Barat: Tuan A. Samad Idris (ASAS Negeri 9)

Wakil Bahagian Timor: Tuan Ahmad Wajdi (P.A.P. Kelantan)

Wakil Bahagian Selatan: Tuan Yusof Harun (I.P.M.)

Wakil Singapura dan Borneo Utara: Tuan Buyong Adil (LEMBAGA)

12.35 tengahari: Persidangan Congress Persuratan Melayu Malaya Pertama di-tammatkan.

4.00 petang: Jamuan teh di-adakan kerana menutup persidangan CPMM1 ini (di-taja) oleh Penerbit2:

Utusan Melayu Press Ltd., Singapore 1

MIBS, Singapore 7

Melayu Raya Press Ltd. Singapore 14

Ahmadiah Press, Singapore 7

Hiboran (Royal Press), Singapore 7

Qalam, Singapore 14

Harmy, Singapore 7

8. Kewangan

Benlanja2 kerana menjayakan Congress ini ada-lah di-dapati seperti yang dinyatakan

oleh Bendahari Panitia PPMM1 di-bawah ini.

Penyata A

Kedudokan Wang PPMM1, 1952


DEBIT

CREDIT
1 Hiboran  $ 50.00 1 Belanja runchit setiausaha $20.00
2 MIBS 100.00 2 Surat2 jemputan 23.00
3 Utusan Melayu 100.00 3 Tambang Sea View Hotel 2.00
4 Melayu Raya 50.00 4 Kertas chatetan persidangan 3.00
5 Ahmadiah Press 50.00 5 Tambang2 Hajjah Zain 22.50
6 Qalam   50.00 6 Tea party 225.00
7 Pemuda Sateria  100.40 5.00 7 Sewa Dewan Meshuarat 20.00
8 Zahari (Pengarang Waktu) 50.00 8 Minuman persidangan 12.4.52 43.50
9 Majalah Guru 25.00 9 Minuman persidangan 13.4.53 39.00
10Majalah Perkawalan10.0010Belanja2 setiausaha20.90
11Harmy 25.0011Hadiah ka-pendudok T. Malim75.40
12Pungutan derma100.4012Baki dalam simpanan Bendahari
83.91


$615.40

$615.40

9. Penyata B

Kira2 Perbelanjaan Setiausaha Panitia

  DEBIT     CREDIT  
1. Dari Bendahari Panitia
$ 20.00 1. Perbelanjaan surat-menyurat, tambang2 alat tulis-menulis dan lain2 $ 65.49
2. Dari Bendahari Panitia 20.99      
3. Pemuda Sateria 15.00      
4. Sultan Idris Training College 5.50      
5. Sahabat Pena 4.00      
    $ 65.40      

Tanda tangan

Abdul Rahman Bin Hassan

Bendahari PPMM1

Singapore 14

22 August 1952


Dibaca : 5.641 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password