Jumat, 24 Maret 2017   |   Sabtu, 25 Jum. Akhir 1438 H
Pengunjung Online : 2.411
Hari ini : 7.832
Kemarin : 60.495
Minggu kemarin : 301.775
Bulan kemarin : 4.019.095
Anda pengunjung ke 101.980.671
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Budaya Melayu

Penyata Congress Persuratan Melayu Malaya Kali Kedua

Penyata Congress Persuratan Melayu Malaya Kali Kedua

1-2 January 1954,

Dewan Sekolah King George V, Seremban

2.1 Panitia Kongres

Pengerusi:

1. A. Samad Bin Idris (Asas Negeri9), wartawan

Setiausaha dan Bendahari:

2. M. Sharif Bin Fakeh (Asas Negeri 9), guru

Pemeriksa Kira2:

3. Agus Bin Salim (Persatuan Penuntut Negeri 9), penuntut
4. Abd. Majid Bin Abd. Wahab (Asas Negeri 9), wartawan

Anggota2 Panitia:

5. Hashim Amir Hamzah (Asas Negeri 9), guru
6. A. Bakar Bin Yunus (Asas Negeri 9), guru
7. Shaari Bin Shawal (Persatuan Penghulu Negeri Sembilan), penghulu
8. A. Majid Bin A. Rahman (Asas Negeri 9), wartawan
9. Mohd Majzub (Asas Negeri 9), wartawan
10. Othman Bin Harun (Persatuan Guru2 Melayu, N. S.), guru

Anggota ini adalah terdiri daripada 4 badan pertubohan persuratan di Negeri Sembilan yang telah mengambil persetujuan menjadi Panitia Konres Persuratan Melayu Malaya Kali Kedua di-dalam satu perjumpaan wakil2 pertubohan itu yang telah di-adakan pada awal bulan June 1993.

2.2 Tempat dan Hari Persidangan

Persidangan ini telah di-adakan pada 1 dan 2 haribulan January 19954, bertempat di Dewan Sekolah King George V, Seremban.

2.3 Yang Hadhir Dalam Persidangan

Yang hadhir dalam persidangan itu adalah 10 orang anggota-anggota Panitia, dan 58 orang ahli2 Persuratan dan sasterawan2 yangmewakili pertubohannya, iaitu 50 orang wakil yang bersuara penoh dan 8 orang wakil pemerhati khas.

Wakil bersuara penoh, iaitu:

Angkatan Sasterawan Negeri 9, c/o Sekolah Melayu Central, Channer Road, Seremban, Negeri Sembilan

1. Baharuddin Bin Yusof
2. Idris Bin Awang
3. Zabri Bin Nordin
4. Zainab Bt Omar
5. Hamidah Bt Abdullah

Trengkas Melayu Institute, 71, Jalan Omar Samad, Singapura 14

6. Ab. Rahman Bin Hassan
7. Mohamed Bin Abdullah

Keastuan Melayu Singapura, 71, Jalan Omar Samad, Singapura 14

8. Jaafar Bin Ab. Ghani
9. Ab. Rahman Bin Hassan
10. Tengku Muda Muhamad

Lembaga Pembangun Bahasa Melayu, c/o Pajar, Kedah-Perlis, Jalan Raja, Alor Star, Kedah

11. Ambar Bin Hj Taib
12. Mohd. Nor Azam
13. Husin Bin Jamil

Lembaga Pembangun Sastera, 28 Jalan Taiping, Kuala Kangsar, Perak.

14. Haji Az,ir
15. Mohd. Assry

Angkatan Sasterawan ‘50, 1, Henderson Drive, Singapura 13.

16. Asraf
17. Usman Awang (Tongkat Warrant)
18. Jymy Asmara

Lembaga Bahasa Melayu, c/o Radio Malaya, Bahagian Melayu, Singapura 12.

19. Mahmud Bin Ahmad
20. Ramli Bin Abdul Hadi
21. Abdullah Bin Sidek

Sahabat Pena Sa-Malaya, 362 Pasir Panjang Road, Singapura 5.

22. Abu Zaky
23. Md. Yusof Bin Yaakob
24. Ahmad Bin Muhamad

Angkatan Sasterawan Utara Malaya, 42 Beach Street, Pulau Pinang.

25. Mohd. Hanif
26. Sulaiman Bin Isa
27. Tengku Baharum

Ikatan Persuratan Melayu, 6 Lorong Bukit China, Melaka.

28. Yusof Bin Harun
29. Abd. Aziz Bin Tapa
30. Baijuri Bin Hj. Alias

Kesatuan Guru2 Melayu Singapura, 1 Lorong H, Telok Kurau, Singapura 15.

31. Mohd. Arif Bin Ahmad
32. Ahmad Bin Shahrum
33. Mohd. Yusof Lana

Persatuan Guru2 Melayu Selangor, (Jabatan Persuratan), c/o Sekolah Melayu Si-Puteh, Kuala Lumpor, Selangor.

34. Bustamam Bin Hj. Said
35. Jamaludin Bin Abdullah

Persatuan Penuntut Melayu Negeri Sembilan, Malay Hostel, King George V School, Seremban, Negeri Sembilan.

36. Mustafa Kamil Bin Yasin
37. Mokhtar Bin Salleh
38. Zakaria Bin Dahlan

Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura, 34 Fern Hill Road, Singapura.

39. Hj. Kasim Bin Adam
40. Ariffin Bin Md. Said
41. Hamzah Hussin

Budaya, 325B Jalan Daud, Kampong Baru, Kuala Lumpor, Selangor.

42. Mohd. Simin Bin Bondak

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, 234 Bukit Timah Road, Singapura 8.

43. Mohd. Bahrum
44. Nong Chik Ghani

Kebudayaan Melayu Raya, 150 Patani Road, Penang

45. Md. Yusof Bin Sharif
46. Md. Isa Bin Zain

PUSPA, Sekolah Melayu Tanjong Rambutan, Perak.

47. Md. Isa
48. Abu Bakar Bin Yatim

Angkatan Tenaga Sasterawan, Pahang.

49. Hasan Bin Hj Abu Bakar
50. Abdul Ghani Bin Ali

Wakil Pemerhati Khas

Jabatan Persuratan K.P.G.M.S., Sekolah Melayu McAlister Road, Penang.

51. Mohd. Nor Bin Ahmad
52. Zainul Bin Arifin

Jabatan Persuratan P.G.M.M.S., Sekolah Melayu Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

53. Othman Bin Harun

Jabatan Persuratan P.G.M. Perlis, Sekolah Melayu Arau, Perlis.

54. Md. Zain Bin Othman

Perkawalan, Marine Police, Singapura.

55. Abu Bakar Bin Ali
56. Ismail Bin Tamin

Persatuan Sosial, Singapura.

57. Abdullah Singgora
58. Abdul Ghani Bin Ahmad

 

Setiausaha

Panitia KPMM 11

2.4. Chatetan Persidangan

Upachara Pembukaan

1 January 1954

9.00 pagi: Wakil2 dari Pertubohan2 dan Pemerhati2 sampai di-tempat persidanan.

9.30 pagi: Ahli2 jemputan Khas sampai dan bergambar ramai.

9.45: Wakil2, Ahli2 Jemputan dan Pemerhati2 mengambil tempat di-bilek

persidangan.

10.00: Uchapan Pengerusi Panitia:

a. Mengalu2-kan kedatanan para wakil dan pemerhati dari pertubohan2, serta terima kasih atas kehadhiran ahli2 jemputan khas.
b. Menerangkan bahawa persidangan Kongres Persuratan hari ini ia-lah kali ke-dua-nya di adakan, kali pertama-nya telah di-adakan di-Singapura tahun 1952 yang lalu.
c. Terhadap kapada para jemputan, am-nya kapada oran Melayu seluroh-nya, beliau menyatakan kesal-nya atas sikap setengah pembesar2 Melayu yang malu berchakap menggunakan bahasa Melayu dan lebeh mengutamakan bahasa asing.
d. Pengerusi Panitia menamatkan uchapan-nya dan mempersilakan Yang Amat Berhormat Datok Menteri Besar Negeri Sembilan, Che Shamsudin Bin Naim membka persidangan Kongres Persuatan Melayu se-Malaya kali ke-dua ini.

10.15 pagi: Yang Amat Berhormat Datok Menteri Besar tampil ka-hadapan memberi uchapan pembukaan Persidangan. Dalam kata permulaan-nya Datok mengalu2kan kesampaian wakil2 pertubohan yang datang dari se-genap tempat Tanah Melayu dan Singapura ka-Negeri Sembilan. Beliau juga menyebutkan dalam persidangan ini kelak sudah tentu-lah soal bahasa Melayu banyak di-binchangkan dan beliau berharap keputusan2 yang bijak dan sehat mengenai-nya akan di-chapai supaya melaksanakan kedudokan bahasa Melayu itu sama sejajar dengan bahasa2 asing yang telah maju. Datok juga menyebutkan sebaran kekurangan dalam persuratan Melayu harus-lah di-atasi. Datok Menteri Besar menamatkan dengan menguchapkan selamat bersidang. Setelah itu beliau minta diri dan meninggalkan bilek persidangan.

10.25: Pengerusi Panitia menjemput Yang Berhormat Mr. M.C. ff Sheppard, Penasehat British, N.S. memberi uchapan. Tuan ini tela memberi pandangannya akan kemajuan persuratan di-Negeri England, beliau perchaya persuratan Melayu akan chepat maju-nya jikalau setengah daripada perkara2 yang bersesuaian dalam hal itu dapat di-contohi. Beliau juga mengatakan dalam soal hendak memajukan persuratan bangsa, sokongan dan galakan dari pembesar2 negeri ada-lah sangat mustahak, dan di-sini beliau memberi pengakuan sedia menghulorkan bantuan manakala di-kehendaki.

10.25: Pengerusi Panitia Yang Mulia Tuan Rashid Manan, Konsulat Muda Republik Indonesia di-Kuala Lumpur memberi uchapan. Di-dalam kata uchapan selamat bersidang-nya tuan ini mendahului dengan uchapan SELAMAT TAHUN BARU. Beliau menguchapkan terima kaseh atas jemputan dan berbesarhati kerana dapat bertemu muks dengan wakil2 dari pertubohan2 persuratan seluroh-nya. Kata beliau lagi bahasa ia-lah alat untok menyampaikan keinginan dan kemahuan sesa-orang umum-nya sesuatu bangsa, kerana itu bahasa harus-nya di-pupok supaya hidup subor, juga bahasa sangat pentin dalam segi ekonomi dan siasah. Menyebut Mr Sheppard beliau memberi penghargaan tinggi tentang kebolehan-nya berchakap dengan faseh dalam bahasa Melayu. Uchapan ditammatkan dengan SELAMAT BERSIDANG.

Chatetan Persidangan

Agenda 1, melantek pengerusi

11.00 pagi: Pehak Panitia mengekakan chadangan-nya Tuan Abu Kasim Bin Yusof menjadi Pengerusi meshuarat, dan chadangan ini di-sokong oleh wakil Lembaga Bahasa Melayu.

2. Wakil Sahabat Pena seMalaya menchadangkan Che Mahmud Bin Ahmad. Sebelum di-sokong Che Mahmud menolak chadangan itu. Chadangan itu gugor.

3. Wakil Angkatan sasterawan Utara Malaya (Asas Utama) menchadangkan Che Md. Nor Bin Ahmad di-sokong oleh wakil Persatuan Guru2 Melayu Selangor. Che Md. Nor menolak. Asas Utama dan Persatuan Guru Melayu Selangor menarek chadangan-nya.

4. Wakil Lembaga Pembangun Sastera menchadangkan Che Abdul Ghani Bin Yunus dan di-sokong oleh PUSPA. Che Abdul Ghani menolak, dan chadangan ini di-tarek. Oleh kerana tiada lagi chadangan yang lain, dan hanya chadangan Panitia di-sokong oleh Lembaga Bahasa Melayu sahaja, maka undian memileh Pengerusi Meshuarat ini tidak di-jalankan. Pengerusi Panitia mengishtiharkan Tuan Abu Kasim Bin Yusof mempengerusikan meshuarat, persetujuan di-dapai dengan sa-bulat suara.

11.20 pagi: Tuan Abu Kasim Bin Yusof di-persilakan mengambil tempat-nya mempengerusikan Persidangan Kongres Persuratan Melayu Sa-Malaya kali yang kedua. Sebelum dudok beliau menguchap terima kaseh atas keperchayaan para perwakilan pada mempengerusikan meshuarat itu dan berharap supaya masing2 memberi kerjasama yang bertolak ansor di-sepanjang persidangan tersebut.

Agenda 2: Uchapan Pengerusi Panitia

11.30 pagi: Penerusi Panitia menyatakan oleh kerana ia telah berchakap panjang dalam upachara pembukaan tadi jai tidak-lah ia membuat apa2 uchapan lagi. Sebagai ganti-nya ia membachakan surat uchapan Selamat Besidang dari Tuan Harun Aminurrashid, daN SA-PUCHOK TELEGRAM UCHAPAN YANG DEMIKIAN JUGA DARI Angkatan Sasterawan Pantai Timor (ASPAT).

Agenda 3: Mengenalkan wakil2 persidangan

11.35 pagi: Setiausaha Panitia meminta para perwakilan yang di-sebut namanya berdiri sa-bentar untok perkenalan. Sa-orang demi sa-orang para perwakilan bangun di-perkenalkan dengan meneiakkan namanya. Upachara ini ditammatkan dengan uchapan terima kaseh dari Setiausaha Panitia.

Agenda 4: Penyata Kongres Persuratan Melayu Sa-Malaya Kali Pertama 1952.

11.45 pagi: Pengerusi meminta para perwakilan membuka Penyata Kongres Persuratan Melayu yang pertama itu dan minta di-sahkan.

2. Wakil Ikatan Persuratan Melayu (I.P.M.) menchadangkan Penyata Konres Persuratan Melayu yang pertama itu di-sahkan. Ini di-sokong oleh Angkatan sasterawan Negeri Sembilan (Asas Negeri). Chadangan ini tidak mendapat apa2 tenangan, oleh itu Tuan Pengerusi mengumumkan bahawa PENYATA KONGRES PERSURATAN MELAYU SA-MALAYA KALI PERTAMA itu di-sahkan dengan sa-buat suara.

3. Di-sini wakil PERKAWALAN memajukan pertanyaan ”Bagaimana-kah kedudokan Pemerhati Khas, boleh memberi fikiran dalam sesuatu perbahathan, tetapi tidak boleh megundi. Keterangan itu di-benarkan oleh Setiausaha Panitia Konres yan Pertama (Saudara MAS).

Agenda 5: Perkara2 yang berbangkit dari Penyata itu.

 

Wakil Kesatuan Guru2 Melayu Singapura (K.G.M.S.) menyatakan oleh kerana penyata itu baharu sahaja di-terima-nya pagi itu, jadi perkara2 yang patut dibangkitkan belum dapat di-fikirkan lagi.

2. Wakil Kebudayaan Melayu Singapura membuat chadangan supaya perkara berbangkit dalam agenda ini di-tanggohkan selepas rehat tengah hari. Chadangan ini di-sokong oleh wakil I.P.M.

3. Kerana tiada chadangan yang lain, Pengerusi minta persetujuan pada majlis, di-dapati:

Bersetuju .......... 15 suara

Tidak mengundi 4 suara

Keputusan-nya, bersetuju di-tanggohkan selepas rehat.

Agenda 6 (Penyata Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi

11.55 pagi: Wakil Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi bangun memberi penerangan rengkas berhubong dengan penyata itu dan meminta para perwakilan mengambil perhatian kapada penyata yang telah di-edarkan-nya itu.

2. Wakil K.G.M.S. bangun dan menyatakan pendapat-nya akan bagaimana susah dan rumit-nya Jawatankuasa itu telah menjalankan tugas-nya, oleh itu ia menchadangkan supaya Penyata itu di-terima oleh majlis ini.

Chadangan itu di-sokong oleh Angkatan Sasterawan ‘50.

3. Wakil Kebudayaan Melayu Singapura menchadangkan pula, sabelum Penyata itu di-terima hendak-lah di-bachakan lebeh dulu. Chadangan itu di-sokong oleh PUSPA.

4. Sa-telah waki12 lain merngeluarkan pendapat-nya atas chadangan2 itu Pengerusi menjalankan undian. Keputusan-nya:

Bersetuju dengan chadangan K.G.M.S. yang di-sokong Asas ‘50, (12 suara)

Bersetuju dengan Kebudayaan Melayu Singapura, di-sokong oleh PUSPA (7 suara)

5. Menurut keputusan undian Pengerusi memaalumkanl kapada majlis,”Bahawa Penyata Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi yang di-beri tugas-nya dalam Kongres Persuratan yang pertama dahulu, di-terima dalam Kongres Persuratan yang kedua yang bersidang hari ini.

12.10 tengah hari, REHAT.

2.00 petang Persidangan di-mulakan

Sebelum meshuarat di-jalankan Pengerusi membachakan telegram uchapan Selamat Bersidang dari Tuan KRIS MAS.

Kemudian Pengerusi mengemukakan pada sidang perwakilan “Perkara yang berbangkit dari Penyata Kongres Persuratan I yang di-tanggohkan dalam meshnarat pagi tadi.” Majlis tidak membangkitkan apa2 daripada Penyata itu.

2.15 petang: Pengerusi mengemukakan pada sidang perwakilan Penyata Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi yang telah di-terima pagi tadi untok perbinchangan.

2. Wakil K.G.M.S. bangun mengeluarkan pendapat-nya “Mengikut hasil siasatan yang di-bentangkan dalam Penyata Jawatankuasa Penyiasat Tulisan Jawi Rumi itu K.G.M.S. memahamkan bahawa Tulisan Rumi lebah banyak di-gunakan daripada Tulisan Jawi. Oleh itu K.G.M.S. menerbitkan chadangan dalam majlis ini “Kongres Persuratan Melayu Malaya yang bersidang hari ini mengambil keputusan sudah sepatut-nya-lah Tulisan Rumi itu di-resmikan menjadi tulisan bagi Persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan Tulisan Jawi sahingga masa yang akan menentukan-nya. Chadangan itu di-sokong oleh Asas ‘50.

3. Wakil Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS.) menerbitkan satu chadangan lagi. “Ada-lah sama2 di-ma‘alumi bahawa hampir2 50% daripada orang Melayu ada-lah angkatan tua yang tidak mengetahui tulisan Rumi jadi dengan meresmikan tulisan itu sahaja bermaana membuta hurufkan mereka yang seramai 50% itu, maka dengan hal yang demikian LEPAS menerbitkan chadangan dalam majlis ini ”Bahawa Kongres Persuratan Melayu yang kedua yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan meresmikan Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi dalam Persuratan Melayu.” Chadangan itu di-sokong oleh Lembaga Bahasa Melayu dengan alasan, walau pun orang Melnyu banyak menulis dalam Rumi tetapi gemar membacha dalam Jawi.

4. Wakil I.P.M. mengeluarkan pendapat-nya dan menerbitkan chadangan:-

Menurut agenda meshuarat yang bertulis, ... hanya membentangkan Penyata itu sahaja, oleh itu jangan-lah Persidangan pada hari ini mengambil sa-barang keputusan, kerana itu I.P.M. ”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menyerahkan Penyata itu kapada kerabat Kongres untok di-fikirkan lebeh lanjut Iagi. Chadangan itu di-sokong oleh Kebudayaan Melayu Raya. Wakil K.G.M.S. bangun memberi penjelasan mengenai chadangan ini,”Walau pun dalam agenda hanya membentangkan tetapi jika di-bacha dalam Penyata Kongres Persuratan yang pertama muka surat 7 ada menyebutkan ‘... supaya Kongres akan memikirkan kembali patut tidaknya Persuratan Melayu di-siarkan dengan satu sahaja tulisan atau kedua2-nya.”

5. Waki12 dan Pemerhati2 Khas yang menyokong fikiran:

a. Resmikan Tulisan Rumi dengan tidak menghapuskan Tulisan Jawi. Chadangan K.G.M.S., sokongan Asas ‘50.

1. Asas Negeri

2. P.P.P.P. Melayu

3. L.P.B. Melayu

4. S. Pena Se-Malaya

5. P.P.M.N.Sembilan

6. K.P.G.M.S.

7. Perkawalan

8. Per: Sosial

9. Panitia

b. Resmikan kedua2-nya Tulisan Jawi dan Rumi. Chad: L.P.S. sokongan Lembaga Bahasa Melayu.

1. Asas Utama

2. Budaya

3. PUSPA

4. Kesatuan Melayu Singapura

5. Angkatam Tenaga Sasterawan

c. Jangan mengambil apa2 keputusan dan fikirkan lebeh lanjut lagi. Chad: I. P. M. di-sokong oleh Kebudayaan Melayu Raya.

6. Pengerusi menjalankan undian:

a. Chadangan K.G.M.S. di-sokong oleh Asas ‘50, Bersetuiu 10 suara, Tidak bersetuju 5 suara, Tidak mengundi 4 suara.

b. Chadangan L.P.S. di-sokong oleh L.B.M. Bersetuiu 6 suara, Tidak Bersetuju 8 suara Tidak mengundi 5 suara.

c. Chadangan I.P.M di-sokong oleh K.M.R. Bersetuju 4 suara; Tidak bersetuju 10 suara, Tidak mengundi 5 suara.

7. Keputusan:

Menurut suara undian yang terbanyak Persidangan mengambil keputusan:

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya yang bersidang pada hari ini mengambil keputusan bahawa sudah sepatut-nya-lah tulisan Rumi itu diresmikan bagi Persuratan MeIayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sahingga masa yang akan menentukan-nya.

Agenda 7: Membahathkan chadangan2

4.05 petang: Memandang pada banyak-nya chadang2an yang akan dibinchangkan maka Pengerusi meminta fikiran para sidang perwakilan apa-kah yang harus di-buat.

a. Sahabat Pena seMalaya menchadangkan supaya majlis mengangkat satu Jawatankuasa Kechil bagi menapis chadangan2 tersebut. Chadangan itu di-sokong oleh L.P.S.

b. K.G.M.S. menchadangkan di-antara chadangan yang sebanyak itu binchangkan tiga sahaja yang mustahak. Chadangan ini di-sokong oleh Persatuan Guru Melayu, Selangor

c. Kebudayaan Melayu Singapura menchadangkan jadikan lima chadangan. Chadangan itu di-sokong oleh Asas Negeri.

d. Kebudayaan Melayu Raya menchadangkan, tugas menapis chadangan2 itu serahkan pada anggota Panitia. Chadangan ini di-sokong oleh L.B.M.

Tuan Pengerusi menjalankan undian pada keempat2 chadangan itu keputusannya mengikut suara undian yang terbanyak, majlis mengambil keputusan, “Tugas menapis chadangan2 itu di-serahkan pada anggota Panitia”. Dan Panitia menyeru sidang perwakilan suupaya memberikan kerjasama-nya dalam hal itu.

4.30 petang, PERSIDANGAN DI-TANGGOHKAN HINGGA ESOK-NYA 2 January 1954.

4.30 petang: Jamuan teh yang di-adakan oleh Penerbit2 Sentosa Store dan Pustaka Negeri di-Century Hotel, Seremban

7.00 malam: Jamuan telah di-adakan oleh Yang Berhormat Penasehat British Mr. M.C. ff Sheppard di-Residency.

PERSIDANGAN PADA 2 haribulan January 1954

9.15 pagi: Pengerusi Tuan Kasim bin Yusof mengambil tempat-nya dan menguchapkan selamat pagi pada perwakilan Kerabat Kongres yang telah sedia di-tempat-nya masing2, beliau juga menyebutkan persidangan terpaksa di-lewatkan 15 mt; daripada yang di-jadualkan kerana menanti kesampaian wakil2 yang tergendala sebab hujan lebat pagi itu.

2. Sa-belum persidangan di-mulakan wakil K.G.M.S. bertanya ada-kah kuat kuasa Pengerusi Meshuarat semalam itu hingga mempengerusikan meshuarat pad a hari ini.

3. Wakil Kebudayaan Melayu Raya menegaskan menurut faham-nya kuat kuaa pengerusi yang di-angkat semalam itu ia-lah mempengerusikan sepanjang2 persidangan Kongres ini.

4. Keterangan Kebudayaan Melayu Raya itu di-akui oleh PUSPA, Asas Utama, L.B.M. dan di-persetujui ramai.

5. Pengerusi menguchapkan terima kaseh kerana majlis itu sendiri dapat mengatasi kesulitan yang berlaku itu.

Pengerusi membachakan chadangan2 yang telah di-tapis oleh panitia untok perbinchangan:

9.40 pagi: Chadangan I (shor Panitia)

Menuntut Kerajaan membesarkan Jabatan Penterjemah menyamai taraf-nya dengan Balai Pustaka Indonesia.

2. Wakil Persatuan Penuntut Melayu Negeri Sembilan mengambil chadangan itu di-sokong oleh Angkatan Tenaga Sasterawan

3. Pendaan2 pada bunyi ayat chadangan asal itu telah di-terima dan keputusan-nya pendaan dari Lembaga Pembangun Bahasa Melayu yang di-sokong oleh Asas ‘50 telah di-persetujui oleh majlis dengan suara undian terbanyak. Berbunyi demikian, “Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya kali kedua yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menuntut kerajaan Persekutuan Tanah Melayu supaya membesarkan lagi Jabatan Penterjemah menjadi sa-buah Balai Bahasa yang lengkap.”

4. Manakala chadangan itu telah di-terima L.B.M. menchadangkan tugas menyiasat dan membuat memorandum berhubong dengan perkara ini serahkan pada Panitia Kongres.

Chadangan itu di-sokong oleh Kesatuan Melayu Singapura. PUSPA menchadangkan supaya di-angkat sa-orang ketua menguruskan hal itu dan ketua itu berhak memileh beberapa orang pembantu. Di-sokong oleh wakil Asas ‘50.

Pengerusi menjalankan undian di-dapati:

a. Chadangan PUSPA di-sokong Asas ‘50 (4 suara)

b. Chadangan L.B.M. di-sokong K.M.3. (10 suara)

c. Tidak mengundi (5 suara)

5. Keputusan-nya: Kongres bersetuju dengan chadangan itu dan tugas membuat memorandum-nya terserah pada Panitia Kongres 11.

11.05 pagi: Chadangan 11 (Shor Panitia)

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya II yang bersidang hari ini, mengambil ketetapan bersetuju menubohkan satu Badan Persuratan, dengan nama Badan Perpustakaan Melayu.

2. Angkatan Tenaga Sasterawan nengambil chadangan itu di-sokong oleh Persatuan Penuntut Melayu Negeri Sembilan.

3. Wakil Panitia bangun memberi penjelasan, ”Dengan chara yang ada hari ini Badan2 Persuratan tidak-lah mempunyai satu pusat yang bertanggongjawab atas2 ha12 yang mengenai Persuratan Melayu.”

4. Wakil Asas ‘50 membangkang kuat chadangan itu kerana dengan demikian akan mengubah chorak undang2 dasar satu2 badan yang berjalan dengan langkah-nya masing2 itu. Biar-lah badan2 persuratan itu kekal saperti yang  ada sekarang ini, berkongres mengikut piagam yang telah di-buat dalam Kongres I dahulu. Di-sokong oleh Kebudayaan Melayu Raya.

5. Pengerusi menjalankan undian, di-dapati:

Chadangan A.T.S., sokongan P.P.M.N.S. = 6 suara.

Bangkangan Asas ‘50 yang di-sokong oleh Kebudayaan Melayu Raya = 13 suara.

6. Keputusan: Chadangan ini tidak di-persetujui oleh Persidangan Kongres Persuratan II.

Chadangan III (Chadangan: Terengkas Melavu Institute)

Rengkas-nya chadangan ini ia-lah, ”Bersetuju menganjorkan satu rapat besar di-antara ahli2 Persuratan Malaya dengan Indonesia pada tiap2 tahun.”

2. Wakil Terengkas Melayu Institute menegaskan chadangan-nya.

Chadangan itu di-sokong oleh Asas ‘50 dengan sedikit pendaan yang disetujui oleh Terengkas.

3. Wakil L.B.M. membangkang chadangan itu dengan alasan peri belum mastahak-nya lagi mengadakan rapat persuratan yang saumpama itu, hanya L.B.M. bersetuju kira-nya di-angkat satu surohan jaya bagi mengkaji hal ahwal persuratan di-Indonesia supaya dapat di-sesuaikan dengan persuratan di-Malaya. Di-sokong oleh Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura.

4. Sa-telah penyokong2 pehak penchadang dan penyokong2 pehak pembangkang mengeluarkan, fikiran masing2, Pengerusi menjalankan undian. Di-dapati bersetuju dengan:

Chadangan Terengkas di-sokong Asas ‘50 + 15 suara Bangkangan L.B.M. di-sokong Per: Kebudayaan Melayu Singapura = 4 suara

5. Keputusan Kongres bersetuju dongan chadangan, ”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya II ini mengambil ketetapan bersetuju menganjorkan satu rapat besar bagi ahli2 Persuratan Malaya dan Indonesia pada tiap2 tahun dengan tujuan dasar-nya:

Pertama:

a. Mempersatukan Bahasa Melayu yang di-pakai di-Indonesia dan Malaya serta di-seluroh daerahnya di-mana Bahasa Melayu di-gunakan.

b. Memparsatukan ejaan yang di-gunakan dari kedua belah pehak dalam Bahasa Melayu.

c. Dan wakil2 yang dudok dalam persidangan ia-lah: (i)Indonesia yang mewakili dan meliputi Pulau Jawa, Sumatra dan seluroh-nya, dan juga semua daerah lain yang di-bawah pertadbiran-nya; (ii). Malaya yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Berunai, British North Borneo, dan semua pulau di-bawah riayah kerajaan British; dan (iii). Dan jika mustahak Selatan Thailand akan dijemput dengan taraf wakil dari dirinya sendiri atau sebagai pemerhati.

Kedua: Waki12 dari Malaya hendak-lah terdiri dari-pada mereka yang mempunyai ilmu dan pengetahuan:

a. Bahasa Melayu

b. Kebudaynan Melayu

c. Kesenian Melayu.

6. L.B.M. menchadangkan tugas melaksanakan keputusan itu di-serahkan pada Asas ‘50.

Di-sokong oleh Kesatuan Melayu Singapura. Di-persetujui oleh para perwakilan dengan sebulat suara.

Chadangan IV (Shor Panitia)

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya kali yang kedua hendak-lah menuntut kerajaan Persekutunn Tanah Melayu menggunaknn Bahasa Melayu sama seimbang dengan Bahasa Inggeris dan meminta ahli2 Melayu di-dalam majlis Meshuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, majlis Meshuarat Negeri, majlis Meshuarat Bandaran, dan ketua2 pejabat supaya mengutamakan Bahasa Melayu dalam menjalankan tugas-nya masing2.

4. Wakil Kebudayaan Melayu Singapura mrengambil chadangan itu. Di-sokong oleh wakil Kesatuan Guru2 Melayu Singapura.

3. Manakala di-kemukakan untok bahathan, tiada wakil yang membangkang, Pengerusi menjalankan undian, di-dapati:-

a. Bersetuju = 15 suara

b. Tiak bersetuju =

c. Tiak mengundi = 4 suara

4. Keputusan: Kongres bersetuju dengan chadangan itu.•

5. Lembaga Bahasa Melayu menchadangkan supaya tugas membuat memorandum-nya di-serahkan pada Panitia Kongres.

Chadangan itu di-sokong oleh Kebudayaan Melayu Raya. Di-persetujui oleh para perwakilan dengan sebulat suara.

Chadangan V (Chadangan Asas ‘50)

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya kali yang kedua ini mengambil ketetapan bersetuju supaya Kongres ini menganjorkan satu rupa hadiah bagi karangan2 yang terbaik dalam bahagian2-nya pada tiap2 tahun.

2. Wakil Asas ‘50, “Untok menchermatkan masa persidangan dan memikirkan kurang mustahak-nya chadangan itu maka pehak Asas ‘50 dengan sukahati menarek chadangan tersebut.”

3. Permintaan Asas‘ 50 dengan rasa tolak ansor-nya itu di-terima oleh majlis dengan uchapan terimakaseh daripada Pengerusi.

Chadangan VI (Shor Panitia)

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya yang kedua yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menyusun sa-buah kamus yang lemgkap dalam tulisan rumi untok menjalankan kerja dalam masa sa-tahun, tiap2 satu badan Persuratan di-tugaskan menchari dan melengkapkan perkataan2 yang terkandong dalam huruf A———Z.

2. Wakil Lembaga Bahasa Melayu mengambil chadangan itu. Di-sokong oleh wakil Kesatuan Melayu Singapura.

3. Wakil Asas ‘50 membangkang dengan alasan: Dalam masa perkembangan Persuratan Melayu sedang menerima bermacham2 perubahan, bagai-mana pun sa-buah kamus yang lengkap tidak akan dapat di-buat. Di-sokong oleh Angkatan Tenaga Sasterawan.

4. Wakil Lembaga Bahasa Melayu (penchadang) memberi hujjah2 peri mustahak-nya memulai membuat sa-buah kamus Bahasa Melayu yang lengkap di-mulai pada masa itu, kerana kerja itu bukan-lah hendak disiapkan dalam sa-bulan dua, melainkan mengambil masa yang panjang juga.

6. Sa-telah para perwakilan penyokong2 penchadang dan penyokong2 pembangkang mengeluarkan fikiran2-nya masing2, Pengerusi menjalankan undian. Di-dapati:

Bersetuju dengan chadanan itu = 11 suara

Tidak bersetuju = 6 suara

Tidak mengundi = 2 suara

Keputusan: Kongres bersetuju dengan chadangan itu.

7. Wakil Kesatuan Melayu Singapura menchadangkan supaya tugas tersebut di-serahkan kapada Lembaga Bahasa Melayu melaksanakan-nya, kerana ia dapat tahu bahawa L.B.M. sedang mengusahakan kerja tersebut, disamping iuu L.B.M. di-beri kuasa boleh meminta bantuan manakala difikirkan-nya tenaga dari Badan2 Persuratan lain di-kehendaki. Chadangan itu di-sokong oleh Lembaga Pembangun BahasaMelayu. Lembaga Bahasa Melayu menerima tugas itu.

Chadangan VII (Chadangan Kebudayaan Melayu Raya)

”Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya kedua yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan mendesak pihak yang berkuasa supaya juruhebah dalam Radio Malaya Bahagian Melayu hendak-lah orang yang berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu.”

2. Wakil Kebudayaan Melayu Raya menegaskan chadangan itu. Chadangan itu di-sokong oleh Angkatan Sasterawan Utara Malaya.

3. Wakil Sahabat Pena seMalaya memberi fikiran supaya sebelum perkara inu di-kemukakan untok perbinchangan elok dapat penjelasan dari sesiapa sidang perwakilan yang berkaitan rapat dengan maudzo‘ chadangan itu.

4. Sa-orang wakil L.B.M. bagi pehak diri-nya menchabar majlis supaya perbinchangan dalam hal itu di-tutup, kerana dengan itu kelak akan menyentoh shakhsiah diri beberapa orang di-majlis itu.

5. Pengerusi minta fikiran pada sidang majlis sama ada bersetuju atau tidak chadangan bahagian VII itu di-terima untok perbinchangan. Didapati:

a. Bersetuju = 2 suara

b. Tidak bersetuju = 15 suara

c. Tidak mengundi = 2 suara

6. Keputusan: Chadangan ini tidak di-terima oleh persidangan untok perbinchangan.

Chadangan VII (Chadangan Lembaga Pembagun Sastera)

“Bahawa Kongres Persuratan Melayu Malaya kali kedua ini mengambi1 ketetapan bersetuju mendesak pehak yang berkuasa supaya melantek sekurang2-nya sa-orang wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa penapis film (Film Censorship Appeal Committe)”

2. Wakil L.P.S. memberi penerangan mengenai chadangan itu. Di-sokong oleh Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura.

3. Wakil Asas 150 bertanya perkaitan-nya chadangan itu dengan Persuratan Melayu.

4. Wakil L.P.S. memberi penjelasan menurut pengalaman-nya film ada-lah soal yang tidak dapat di-pisahkan dengan persuratan dan dan bahasa.

5. Wakil Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura menerangkan pula bahawa susunan bahasa dalam film Melayu hari ini banyak yang penchang bunyi-nya dan tidak dapat di-telan oleh orang Melayu.

6. Wakil Asas Utama menyatakan pula bahawa hal itu tidak ada perhubongan-nya dengan persidangan.

7. Wakil Kebudayaan Melayu Raya menegaskan pula Kongres semestinya bertanggong jawab dalam hal itu, kerana pertutoran film menggunakan Bahasa Melayu. Perbinchangan menjadi hangat.

8. 12.55 - 1.00 tengahari, untok mententeramkan suasana majlis, Pengerusi membenarkan supaya majlis berehat sementara. Perbinchangan di-tutup, Pengerusi menjalankan undian. Di-dapati:

a. Bersetuju dengan chadangan itu = 6 suara

b. Tidak bersetuju = 3 suara

c. Tidak mengundi = 10 suara

10. Keputusan: Kongress menerima chadangan itu.

11. Waki1 Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura menyatakan sekira-nya di-kehendaki oleh majlis maka pehak-nya dengan sukachita menawarkan mengambil tugas itu.

12. Waki1 L.P.S. menchadangkan tugas itu di-tanggongkan pada Che Gu Mahmud (L.B.M.)

Che Gu Mahmud menolak dan menchadangkan pula Che Hamzah (Persatuan Kebudayaan Me1ayu Singapura). Che Hamzah menolak juga.

13. Oleh itu L.B.M. menyokong Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura mengambil tugas itu.

14. Pengerusi menjalankan undian, di-dapati:

a. Bersetuju = 13 suara

b. Tidak bersetuju = 0

c. Tidak mengundi = 6 suara

15. Keputusan: Tugas melaksanakan chadangan itu di-serahkan kapada Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura.

Agenda 8: Uchapan Penanggohan

1.20 tengahari: Sebelum susunan meshuarat Agenda 8 itu di-jalanknn waki1 Persatuan Kebudayaan Melayu Singapura memberi fikiran supaya majlis itu di-teruskan (yang sepatut-nya berehat masa itu) guna menjimatkan waktu supaya tidak payah mengadakan persidangan pada bahagian petang nanti. Seterus-nya beliau menyambong kira-nya fikiran itu diterima maka ia mengusulkan Agenda 8 Uchapan Penanggohan itu di-batalkan sahaja, kerana uchapan demikian telah di-buat dalam jamuan teh yang te1ah di-adakan pada petang semalam-nya. Chadangan itu di-persetujui oleh sidang perwaki1an semuanya.

2. Agenda 8 Uchapan Penanggohan di-batalkan. Sebelum majlis di-tammatkan Che Gu Mahmud bin Ahmad bagi pehak para perwakilan bangun memberi uchapan terima kaseh pada Pengerusi Meshuarat yang “telah dapat menjalankan” persiaangan itu dengan jaya-nya.

Pengerusi meshuarat bangun membalas uchapan itu di-antara lain beliau memberi kepujian tinggi pada para perwakilan atas sikap tolak ansor dalam menjaga ketenteraman majlis itu. Dan juga beliau memandang tinggi atas2 tegor2an pada-nya tetapi itu terpaksa di-lakukan kerana memelihara atoran majlis memberi hak bersuara pada waki12 yang 1

1.35 tengahari: Persidangan Kengres Persuratan Melayu Malaya kali yang kedua di-tamatkan.

4.30 petang: Jamuan teh, dari Yang amat Berhormat Datok Menteri Besar Che Shamsudin bin Na‘im di-rumah-nya

Saya dengan hormat-nya:

Tandatangan

M. Sharif Bin Fakeh

Setiausaha Panitia

Kongres Persuratan Melayu Malaya 11

2.5 Kewangan

Panitia Kongres telah menetapkan tiap2 badan menghadhiri persidangan ini di-kehendaki mengirimkan wang $10.00 kapada Bendahari Panitia untok perbelanjaan Kongres. Kedudokan wang itu ada-lah demikian:

Wang di-terima daripada:

 

 

Wang perbelanjaan kerana:

 

1. Trengkas Melayu Institute

 = $10.00

 

1. Urusan suat menyurat

$36.90

2. Kesatuan Melayu Singapura

10.00

 

2. Jemputan, kertas, alatan

65.30

3. Lem Pemb Bahasa Melayu

10.00

 

3. Minuman persidangan

 28.30

4. Lem Pemb Sastera

10.00

 

4. Sewa bilik persidangan

30.00

5. Angkatan Sasterawan ‘50 

10.00

 

5. Mengganti kerosakan2

15.75

6. Lembaga Bahasa Melayu 

10.00

 

6. Belanja ronchet setiausaha

29.80

7. Sahabat Pena seMalaya

10.00

 

7. Belanja2 pengerusi Panitia

 20.00

8. Ang Sasterawan Utara Malaya 

10.00

 

8. Di-tangan Bendahari

8.95

9. Ikatan Persuratan Melayu

10.00

 

 

 

 

 

10. K. Guru2 Melayu S‘pura

10.00

 

 

 

 

 

11. Jb. Pers. P.G.M. Selangor

10.00

 

 

 

 

 

12. Per. Pen. Melayu N.S.

10.00

 

 

 

 

 

13. Per. Keb. Melayu S‘pura

10.00

 

 

 

 

 

14. Budaya

10.00

 

 

 

 

 

15. Kebudayaan Melayu Raya

10.00

 

 

 

 

 

16. PUSPA

10.00

 

 

 

 

 

17. Ang. Tenaga Sasterawan

 10.00

 

 

 

 

 

18. Ang. Sasterawan N.S.

10.00

 

 

 

 

 

19. Jab. Persuratan K.P.G.M.S.

10.00

 

 

 

 

 

20. Perkawalan

10.00

 

 

 

 

 

21. Jab. Persuratan P.G.M.N.S.

10.00

 

 

 

 

 

22. Jab. Persuratan K.G.M. Phg.

10.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah 

$235.00

 

 

 

 

$235.00

 

Bendahari Panitia KPMM 11

Kira2 ini ada-lah sa-benarnya

Tandatangan

1. Agus Bin Salim

2. A. Majid Bin A. Wahab

Pemeriksa Kira2

Dibaca : 6.545 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password