Anda pengunjung ke 105.216.314 Sejak 01 Muharam 1428 ( 20 Januari 2007 )
AGENDA
Belum ada data - dalam proses
Berita
25 juni 2007 02:50
Masjid, Syarikat Anjur Peraduan Filem Ringkas Papar Nilai Positif
Jurong- Menggalak belia berfikiran kreatif dan melahirkan serta memapar nilai-nilai positif dalam filem.
Itulah matlamat satu peraduan menghasilkan filem ringkas anjuran bersama Masjid Al-Ansar dan sebuah syarikat penerbitan, Production Edge Pte Ltd.
Peserta peraduan yang diberi nama ‘8 Minit‘ itu dikehendaki menghasilkan sebuah filem lapan minit dalam masa lapan hari.
Ketua Unit Strategik Pelibatan Belia, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohamad Helmy Mohd Isa, berkata pihaknya berharap dapat mendekati para belia menerusi penggunaan sebuah media popular.
Menurutnya, idea mengadakan peraduan itu dicetus seorang penuntut Politeknik Ngee Ann (NP) yang pernah bekerja sementara dengan Production Edge.
Pelajar tersebut, Rosanah Begum, 18 tahun, berharap peraduan itu dapat memberi golongan berbakat peluang menampilkan kreativiti menerusi platform tersebut.
Peraduan itu dibuka kepada pasukan antara empat dengan 12 orang anggota berusia antara 13 dengan 25 tahun, termasuk dua peserta bukan Islam.
Setiap pasukan dikehendaki memilih satu daripada tiga tema ini: setiap Muslim adalah jiran yang baik; adalah contoh dan inspirasi kepada semua; adalah restu kepada semua.
Filem yang dihasilkan hendaklah mempunyai emosi seperti bahagia, sedih, marah atau sebagainya tetapi berakhir dengan kebahagiaan.
Filem itu juga perlu mengandungi dua ‘unsur‘ misteri yang akan didedahkan hanya semasa hari pelancarannya, 14 Julai ini, di Perpustakaan Daerah Jurong, Singapura.
Pendaftaran boleh dibuat sebelum 6 Julai ini di Masjid Al-Ansar atau dengan memuat turun borang daripada laman www.8minutes.com.sg.
Sumber : cyberita.asia1.com.sg Kredit foto : jupiterimages.com