Home >
About us >
Comment > Dr Leah Khadijah Mohd Hambali (Universiti Malaya - Kuala Lumpur - Malaysia)
Dr Leah Khadijah Mohd Hambali (Universiti Malaya - Kuala Lumpur - Malaysia)
18 Agustus 2008, 12:28 pm
Nama : Dr Leah Khadijah Mohd Hambali
Institusi : Victoria University of Wellington/University of Malaya, Kuala Lumpur
Pesan :
Salam hormat,
Amat tertarik melayari website saudara/saudari. Amat bermanfaat dan ingin mendapatkan informasi lanjut berhubung peradaban, ketamadunan Melayu dan rumpunnya.
Saya bercadang untuk ke Yogyakarta dalam bulan November nanti dan bagaimana saya boleh terus berhubung dengan saudara/saudari bagi mendapatkan maklumat lebih mapan. Terimakasih di atas keprihatinan saudara/saudari.
---------------
Alhamdulillah kerana saya amat berasa bertuah mengenali MelayuOnline. Untuk pengetahuan, saya bukannya pakar dalam bidang ini namun atas rasa cinta kepada budaya Melayu yang kaya dengan budibahasa dan warisan budaya yang tinggi mendorong saya untuk terus mengenali Melayu. Bidang saya adalah Intra dan Intereligious Dialogue dan Kajian Perbandingan Agama. Memandngkan saya sedang menjalankan kajian berhubung perkaitan budaya dan agama, secara tidak langsung mendekatkan saya dengan budaya Melayu. Walaupun saya dikategorikan sebagai bangsa Melayu sekiranya merujuk kepada Perlembagaan Malaysia namun budaya Cina lebih mewarnai cara hidup saya yang disejajarkan dengan ajaran Islam. Ini kerana ayah saya berketurunan Jawa Keraton dan ibu saya berketurunan Cina. Saya juga amat terlalu ingin mengkaji keturunan sebelah ayah saya.
InsyaAllah saya akan cuba berusaha untuk membantu melengkapkan maklumat berhubung masyarakat Melayu Malaysia dan Masyarakat Melayu Baru Malaysia dengan bantuan rakan-rakan saya yang berkepakaran dalam bidang Melayu dan ketamadunannya.
Mudah-mudahan kita dapat berkolobarasi dalam meninggikan lagi martabat dan tamadun Melayu. InsyaAllah panjang umur nanti kita dapat bertemu di Yogyakarta.
Salam hormat,
Associate Prof Dr Leah Khadijah Mohd Hambali
Department of ’Aqidah and Islamic Thought,
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya,50603,
Kuala Lumpur.
Tel: (603)79676066
Fax: (603)79676142/Victoria University of Wellington, New Zealand.
Read : 12.593 time(s).
Insert your comment here :