Saturday, 28 November 2026   |   Saturday, 17 Jum. Akhir 1448 H
Online Visitors : 0
Today : 13.127
Yesterday : 54.413
Last week : 2.656.496
Last month : 11.429.130
You are visitor number 105.216.314
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

Book Review



24 april 2007 23:07

Kamus Kata Klasik - Panduan Kajian Prosa Dan Puisi Klasik

Kamus Kata Klasik - Panduan Kajian Prosa Dan Puisi Klasik














Judul : Kamus Kata Klasik - Panduan Kajian Prosa Dan Puisi Klasik

Pengarang : Rahman Shaari

Penerbit :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Genre : Sastera

Mukasurat : 106  halaman

Cetakan Pertama : 2001

ISBN : 9676111457

Nombor siri : 2342145
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM10.00

Kamus Kata Klasik - Panduan Kajian Prosa Dan Puisi Klasik menghimpunkan kata masukan yang diperoleh daripada pelbagai sumber, terutamanya teks yang terpilih di semua peringkat penggunaan di sekolah, tanpa mengetepikan teks-teks yang lain. Bagi setiap kata masukan, tafsiran dibuat berdasarkan konteks di samping tafsiran umum di luar konteks.

Terdapat dua kategori kata yang dianggap klasik dalam kamus ini, iaitu kata yang sudah arkaik dan kata yang masih digunakan hari ini, tetapi memiliki makna yang berbeza sama sekali.

Kamus ini amat berguna kepada para guru dan pelajar; pengkaji dan peminat sastera tradisional serta pembaca umum. Bersifat mesra pengguna, setiap kata diberi tafsiran , contoh, berserta sumber contoh dipetik. Pada tempat tertentu, huraian lanjut diberikan dalam bentuk catatan. Bagi kata yang mempunyai ciri sinonim dan antonim pula, rujukan silang diberikan.

Sekiranya anda mahu meneroka alam klasik, kamus inilah yang wajar dijadikan teman menunjuk jalan.

Sumber:
www.ujanailmu.com.my

Read : 9.153 time(s).