Saturday, 21 November 2026   |   Saturday, 10 Jum. Akhir 1448 H
Online Visitors : 0
Today : 31.577
Yesterday : 104.679
Last week : 821.392
Last month : 11.429.130
You are visitor number 105.216.314
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

Book Review



12 juli 2007 23:07

Sastera - Memeluk Akar Menyuluh ke Langit

Sastera - Memeluk Akar Menyuluh ke Langit

Judul : Sastera - Memeluk Akar Menyuluh ke Langit
Pengarang : Mana Sikana
Penerbit : Pustaka Karya
Genre : Sastera
Mukasurat : 423  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9810560613
Nombor siri : 3653115
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM40.00

Buku ini adalah kumpulan kertas kerja untuk Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu III, 14 - 16 Julai 2006 khusus untuk makalah-makalah genre sastera. Dengan itu penerbitan kertas kerja ini merupakan buku prasidang untuk seminar tersebut, yang bertujuan untuk menjadi bahan bacaan para peserta sidang khasnya, dan pembacaan khalayak sastera umumnya.

 

Persidangan ini adalah lanjutan daripada Persidangan I dan II yang telah diadakan setiap empat tahun sekali. Tujuan utamanya ialah menjadi forum dan wacana kepada para pengkaji dalam bidang Pengajian Melayu dan yang berhubungan dengan tamadun Melayu untuk mengemukakan dapatan dan pandangan baru terhadap kajian, penyelidikan dan penelitian sambil melakukan penilaian terhadap apa yang telah dilalui. Tidak syak lagi ia menjadi sebuah wahana akademik dan pertemuan intelektual yang bererti, dan memberi sumbangan terhadap perkembangan peradaban Melayu. Tema yang dipilih untuk Persidangan kali ini ialah "Memeluk Akar Menyuluh ke Langit" sebuah aforisme yang simbolik dan penuh penanda.

 

Di antara kertas kerja yang termuat dalam buku ini ialah "Dari Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Sampai ke Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia" kertas kerja perdana untuk sastera yang disediakan oleh Profesor Dr. Rachmat Djoko Pradopo, seorang teoris, sarjana, kritikawan dan karyawan sastera terkemuka dari Indonesia. Terdapat juga kajian yang membicarakan aspek sastera tradisi dan warisan seperti "Melayu-Jawa dan Jawa-Melayu: Sebuah Dinamika Sastera" penyediaan Sri Widati dan "Nilai Kemanusiaan yang Positif dalam Sejarah Melayu" oleh Dr. Hajah Siti Khariah Mohd Zubir.

 

Empat buah kertas kerja mernbahas secara tuntas sastera Singapura, iaitu "Perkembangan Cerpen-cerpen Singapura Pascamerdeka dari Tahun 1965-1994: Suatu Pandangan" tulisan Subari Sukaini, "Persoalan Masyarakat dalam Novel-novel Terpilih Melayu Singapura" oleh Tajul Arif M.Yusof, " Budaya Politik dalam Novel Melayu Singapura" kajian Isa Kamari dan "Pendidikan Sastera dan Isu Budaya: Pengalaman dan Cabaran di Singapura" oleh Rosnani Suni.

 

Teks-teks sastera Indonesia pula diteliti oleh Aprinus Salam dalam "Politik Identitas Novel-novel Indonesia Pasca Order Baru" dan Cahyaningrum Dewajati membicarakan "Parodi Wacana Identitas Melayu dalam Drama "Senandung Semenanjung" karya Wisran Hadi. Jika Cahyaningrum Dewajati meneliti drama pentas Shakila Abdul Manan mengemukakan dapatan dalam drama televisyen "Pembentukan Sifat dan Identiti Kewanitaan di dalam Drama Televisyen Melayu: Satu Analisis Wacana Kritikal".

 

Dalam aspek pendidikan sastera, sekelompok sarjana dan pengamat pengajaran sastera pula, yang terdiri daripada peneliti Abd.Rahman Haji Abd.Aziz, Rohizani Yaakub, Abd. Ghani Abdullah dan Mohamad Zohor Ahmad mendepankan pemakalahan tentang "Guru Sebagai Tukang Cerita Moden: Dimensi yang diperlukan dalam Pengajaran Komsas (BidangEstetika) dan Sastera".

 
Sementara seorang tokoh pengkaji sastera terkemuka Malaysia dan juga terkenal sebagai pembina teori sastera Profesor Madya Dr. Mohamad Mokhtar Hassan menyediakan kertas kerja berjudul "Konsep Keadilan dalam Cerpen-cerpen Keris Mas: Penerapan terhadap Teori Konseptual-Kata Kunci". Tulisan ini merupakan kritikan praktikal terhadap teori Konseptual-Kata Kunci yang dibinanya, yang tidak syak lagi akan menjadi panduan dan contoh kepada pengkritik atau pengkaji lain untuk menjabarkan teori ini.


Kandungan

  1. Rachmat Djoko Pradopo (DARI BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU SAMPAI KE BAHASA DAN KESUSASTERAAN INDONESIA)
  2. Sri Widati (MELAYU JAWA DAN JAWA MELAYU: SEBUAH DINAMIKA SASTERA)
  3. Siti Khairiah Binti Mohd Zubir (NILAI KEMANUSIAAN YANG POSITIF DALAM SEJARAH MELAYU)
  4. Subari Sukaini (PERKEMBANGAN CERPEN-CERPEN SINGAPURA  PASCAMERDEKA DARI TAHUN 1965-1994: SUATU PANDANGAN)
  5. Mohamad Mokhtar Hassan (KONSEP KEADILAN DALAM CERPEN-CERPEN KERIS MAS: PENERAPAN TERHADAP TEORI KONSEPTUAL-KATA KUNCI)
  6. Aprinus Salam (POLITIK IDENTITAS NOVEL-NOVEL INDONESIA PASCA ORDE BARU)
  7. Isa Kamari (BUDAYA POLITIK DALAM NOVEL MELAYU SINGAPURA)
  8. Cahyaningrum Dewajati (PARODIWACANA IDENTITAS MELAYU DALAM DRAMA  SENANDUNG SEMENANJUNG KARYA WISRAN HADI) 
  9. Shakila Abdul Manan (PEMBENTUKAN SIFAT DAN IDENTITI KEWANITAAN Dl DALAM DRAMA TELEVISYEN MELAYU: SATU ANALISIS WACANA KRITIKAL)
  10. Abd.Rahman Hj.Abd.Aziz, Rohizani Yaakub, Abd. Ghani Abdullah & Mohamad Zohir Ahmad (GURU SEBAGAITUKANG CERITA MODEN : DIMENSI YANG DIPERLUKAN DALAM PENGAJARAN KOMSAS(BIDANG ESTETIKA) DAN SASTERA)
  11. Rosnani Bte Suni (PENDIDIKAN SASTERA DAN ISU BUDAYA: PENGALAMAN DAN CABARAN Dl SINGAPURA)
  12. Tajul Arif Mohd Yusof (PERSOALAN MASYARAKAT DALAM NOVEL TERPILIH SINGAPURA: TINJAUAN PENGKAEDAHAN MELAYU)
  13. Rohana Abdul Rahman (MEMANFAATKAN KARYA SASTERA DALAM PENERBITAN  ELEKTRONIK)
  14. Sailal Arimi (STRUKTUR PERIBAHASA ANTARABANGSA)
  15. Norhayati Ab. Rahman (WANITA MELAYU DARIPADA PERSPEKTIF GINOKRITIK: PENELITIAN TERHADAP NOVEL-NOVEL PENGARANG WANITA MALAYSIA)

Sumber : www.ujanailmu.com.my

Read : 7.470 time(s).