Saturday, 13 June 2026 |Saturday, 27 Dzulhijah 1447 H
Online Visitors : 0
Today
:
6
Yesterday
:
18.545
Last week
:
227.151
Last month
:
9.252.016
You are visitor number 105.216.314 Since 01 Muharam 1428 ( January 20, 2007 )
AGENDA
No data available
News
26 april 2007 06:32
Mohor Sultan Melaka Ditemui di Riau
Kerajaan negeri hantar penyelidik ke Riau kaji peninggalan kesultanan Melayu
Melaka- Cop mohor dipercayai milik Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah yang memerintah antara 1488 hingga 1528, ditemui berada dalam simpanan seorang lelaki di Riau, Indonesia.
Cop mohor tertera tulisan jawi `Khalifahtullah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman` yang diperbuat daripada tembaga dengan pemegangnya daripada perak, ditunjukkan seorang individu kepada Exco Pelancongan, Warisan dan Kesenian negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang melawat Riau, minggu lalu.
Sehubungan itu, Mesyuarat Exco Negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kelmarin memutuskan pasukan pengkaji dan penyelidik perlu dihantar segera ke Riau untuk mengesahkan kesahihan penemuan itu.
Abd Rahaman berkata, kerajaan negeri akan meminta beberapa agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) untuk menghantar pasukan ke Riau secepat mungkin, bagi menjalankan kajian lanjut mengenai cop mohor itu.
Selain itu katanya, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkeologi dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan turut bekerjasama membuat kajian bagi mengesahkan kesahihan cop mohor berkenaan.
“Penghantaran pasukan penyelidik itu harus disegerakan kerana bimbang bahan sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu terlepas ke tangan orang lain," katanya.
Beliau berkata, identiti lelaki berusia 50-an yang mendakwa pemegang amanah cop mohor serta memiliki beberapa lagi peralatan lain bagaimanapun tidak boleh didedahkan.
Katanya, ketika melihat cop mohor dan peralatan lain itu, ia sememangnya memiliki ciri kerajaan Melayu Melaka, namun kajian lanjut harus dibuat.
"Apa yang menguatkan dakwaan cop mohor itu milik Sultan Mahmud Shah apabila tertera perkataan `Khalifahtullah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman`,” katanya.
Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka adalah Sultan Melaka yang keenam. Pemerintah Melaka yang pertama ialah Parameswara/Iskandar Shah (1402-1424), Sultan Muhammad Shah (1424-1444), Sultan Muzaffar Syah (1444-1459), Sultan Mansur Shah (1459-1477), Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Shah (1488-1528).