Tuesday, 23 June 2026   |   Tuesday, 7 Muharam 1448 H
Online Visitors : 0
Today : 3.042
Yesterday : 15.843
Last week : 155.704
Last month : 9.252.016
You are visitor number 105.216.314
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
AGENDA
  • No data available

 

News

19 sepember 2016 09:16

Memartabatkan Busana Tradisional

100 peserta timba ilmu dalam bengkel pemakaian Destar

Kuala Pilah, Malaysia - Pemakaian tengkolok, tanjak atau destar pada masa ini hanya dapat dilihat da­lam majlis-majlis istiadat diraja atau majlis perkahwinan.

Disebabkan itu tidak hairanlah ramai anak muda pada masa ini tidak mengetahui fungsi dan pe-ranan busana itu dalam pakaian istiadat Melayu.

Bagi memartabatkan busana itu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) menganjurkan Bengkel Pemakaian Destar di Muzium Diraja Seri Menanti di sini baru-baru ini.

Kursus yang merangkumi ce-ramah dan teknik melipat destar itu dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri daripada pemimpin adat di negeri ini, kakitangan muzium dan pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.

Kurator Bahagian Pengurusan LMNS, Aziz Mohd. Ghorip berkata, penganjuran bengkel bertujuan memberi kefahaman tentang sejarah dan seni lipatan destar yang semakin dilupakan generasi muda.

“Pada masa ini ramai yang tidak tahu mengenai destar ke-rana mereka tidak pernah diberi pendedahan mengenainya.

 “Oleh itu, pihak muzium telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel seumpama ini supaya warisan adat dan budaya Melayu ini dapat dikekalkan,” katanya dalam majlis perasmian bengkel itu di sini baru-baru ini.

Perasmian bengkel itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Abd. Razak Ab. Said.

Yang turut hadir Penasihat Adat LMNS, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Samad Hadi.

Selain latihan mengenai teknik lipatan destar, peserta turut me­ndengar ceramah berkaitan sejarah dan falsafah di sebalik pemakaiannya dalam istiadat istana.

Di Negeri Sembilan terdapat lima jenis destar iaitu Dendam Tak Sudah, Kacang Dua Helai, Sarang Kerengga, Solok Timba dan Helang Menyusul Angin.

Sumber: http://www.utusan.com.my



Read : 1.208 time(s).

Write your comment !