Sunday, 26 April 2026   |   Sunday, 9 Dzulqaidah 1447 H
Online Visitors : 331
Today : 10.592
Yesterday : 23.172
Last week : 7.342.256
Last month : 101.098.282
You are visitor number 105.216.314
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
AGENDA
  • No data available

 

News

15 juli 2008 04:25

Guru ke Brunei Tingkat Pengetahuan

Lawatan guru Bahasa Melayu diketuai Masagos, bertujuan tambah ilmu tentang budaya Melayu
Guru ke Brunei Tingkat Pengetahuan
Kampong Ayer, Brunei Darussalam

Singapura- Sekumpulan guru Bahasa Melayu akan ke negara Brunei selama seminggu bagi mendapatkan pendedahan kepada kehidupan dan adat resam orang Melayu di sana.

Rombongan 25 guru dan dua guru besar itu diketuai Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Mendedahkan program dari 27 Julai hingga 2 Ogos itu, Encik Masagos berkata ia sebagai satu usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru mengenai budaya Melayu di rantau ini.

“Kami akan mempelajari adat Melayu/Islam beraja di Brunei, yang nuansa-nuansa budaya dan bahasa terserap di dalam masyarakatnya. Ini tentunya akan memperkaya kemahiran guru-guru kita,” kata beliau.

Sekembali nanti para guru itu diharap bukan saja dapat berkongsi pengalaman yang diraih dengan teman-teman guru, malah menghasilkan bahan bacaan dan menjadikannya tajuk perbincangan di kalangan pelajar.

Guru-guru daripada peringkat sekolah rendah hingga ke maktab rendah itu dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan prestasi cemerlang mereka sebagai tenaga pendidik.

“Di Brunei nanti kami akan berpeluang bertemu sekumpulan masyarakat Melayu di Kampong Ayer yang dikatakan sangat mahir berpantun, bukan saja dalam empat, malah enam rangkap. Oleh itu, kita pelajari bagaimana kemahiran tersebut boleh menghasilkan penggunaan bahasa yang cantik dan indah,” kata Encik Masagos.

Ini tahun kedua program seumpama itu dijalankan.

Tahun lalu, sekumpulan guru melawat beberapa sekolah di Malaysia dan menemui pakar-pakar bahasa serta budaya bagi meneliti bagaimana pembelajaran bahasa Melayu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

“Lawatan-lawatan sebegini penting kerana kita mesti memperkaya wadah-wadah yang ada untuk menerapkan hal-hal budaya dan juga nilai ke dalam cara guru-guru mengajar, dan tidak sekadar melalui buku teks dan perbincangan dengan pelajar,” ujar Encik Masagos lagi. (Hisham Hasim)

Sumber : cyberita.asia1.com.sg (15 Julai 2008)
Kredit foto : k41.pbase.com/.../1/83978966.VIoZHWHS.sma1.jpg


Read : 3.342 time(s).

Write your comment !