Saturday, 28 November 2026 |Saturday, 17 Jum. Akhir 1448 H
Online Visitors : 0
Today
:
17.950
Yesterday
:
54.413
Last week
:
2.656.496
Last month
:
11.429.130
You are visitor number 105.216.314 Since 01 Muharam 1428 ( January 20, 2007 )
AGENDA
No data available
News
01 agustus 2008 05:55
Jenazah Sasterawan Negara S. Othman Kelantan Selamat Dikebumikan
Kuala Lumpur- Jenazah Sasterawan Negara Syed Othman Syed Omar, 71, atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi hari ini.
Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah di Hospital Serdang pada 12.05 pagi Khamis, selepas dua minggu dimasukkan ke wad khas pesakit jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berumur di antara 25 hingga 45 tahun.
S. Othman Kelantan mula aktif menulis sejak berusia 14 tahun telah menghasilkan puisi, cerpen, novel dan esei kritikan.
Sehingga kini karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Rusia, Jepun, Vietnam, dan Cina.