Muhammad Haji Salleh (Cambridge - Massachusetts)
02 Maret 2007, 1:55 am
Nama : Muhammad Haji Salleh
Alamat : Cambridge, Massachusetts
Institusi : University Sains Malaysia, Penang
Komentar :
Beberapa waktu yang lalu saya pernah membuka laman web Sdr, kalau tak salah saya sewaktu mencari pantun. Projek Sdr sangat baik -dan sangat perlu- terutama keperluan kita untuk wujud secara bangga dan baik di dunia siber. Ini tentu perlukan usaha yang lama dan rapi pula.
Saya ucapkan selamat dan juga mencadangkan supaya orang2 di pusat pengajian yang sesuai dilibatkan. Ajak juga mereka dari Jabatan bahasa dan sastera Inggeris supaya hasilnya halus dan dapat dihormati sebagai laman yang berwibawa dan berbudaya tinggi.
Terima kasih kerana memasukkan saya dalam senarai tokoh Sdr. Nama saya sedikit mengelirukan -sebagai pengarang- saya memakai nama pasca-kolonial Muhammad Haji Salleh, tapi dalam surat resmi ialah Mohamad Salleh. Jadi kalau nak cari maklumat tentang saya perlu gunakan nama pertama ini.
Ada dua laman web yang disedia khusus -yang terbarunya dalam dua bahasa: http://muhammadhajisalleh.com/ .
Sebelum ini ada satu lagi: http://www.geocities.com/ayahanda di sana ada dokumen, gambar, fakta dan maklumat serta sajak dan esei contoh.
Salam dan selamat berjaya
Muhammad Haji Salleh
Dibaca : 19.234 kali.
Berikan komentar anda :