Sabtu, 21 November 2026   |   Ahad, 10 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 30.930
Kemarin : 104.679
Minggu kemarin : 821.392
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Resensi Buku



22 april 2007 23:07

Adat Istiadat Melayu Melaka

Adat Istiadat Melayu Melaka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Judul : Adat Istiadat Melayu Melaka
Editor : Zainal Abidin Borhan et. al
Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Genre :  Budaya
Mukasurat : 196 halaman
Cetakan Pertama : 1996
ISBN : 9839915517

Nombor siri : 3041111

Status Stok: Stok masih ada

Harga : RM15.00

 

Buku ini dihasilkan untuk mendokumentasikan keseluruhan adat istiadat masyarakat Melayu Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif menerbitkan buku tersebut. Pada 12-13 Ogos 1995, pihak IKSEP telah menganjurkan satu Bengkel Adat Istiadat Masyarakat Melayu Melaka, khusus untuk memberi kefahaman kepada bakal penyelidik tentang konsep adat dan adat istiadat, di samping melatih mereka kaedah penyelidikan dan penulisan laporan. Pendedahan kepada konsep dan makna adat telah dikendalikan sendiri oleh Profesor Datuk Dr. Zainal Kling di samping Zainal Abidin Borhan sendiri menjelaskan persoalan adat istiadat. Profesor Madya Dr. Norazit Selat pula menghuraikan kaedah penyelidikan, manakala Encik Mohd. Ramli Raman menjelaskan kaedah penulisan laporan. Selain daripada para penyelidik yang telah dipilih,  para pengurus adat seperti Tok Sidang dan Penghulu serta Pentadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, juga telah diundang dengan  tujuan untuk memberikan kefahaman kepada mereka tentang konsep adat. Di samping bengkel tersebut, beberapa pertemuan di adakan untuk menyemak dan membantu memantapkan penyelidikan serta penulisan laporan para penyelidik.

 

Kandungan 

  1. Adat - Datuk Zainal Kling
  2. Adat Istiadat Melayu - Zainal Abidin Borhan
  3. Kaedah Penyelidikan Adat Istiadat - Dr Norazit Selat
  4. Kaedah Penulisan Laporan Penyelidikan - Mohd. Ramli Raman
  5. Adat Istiadat Pada Tahap Kanak-Kanak Dalam Masyarakat Melayu Melaka - Noridah Hj. Katon Dan Low Suan Neo
  6. Adat Bersalin Orang Melayu Melaka - Mariah Binti Osman Dan Patimah Ramli
  7. Adat Istiadat Perkahwinan Di Melaka - Husin Embi, Drs. Haron Hj. Kidam Dan Hj. Mokhtar Md. Yassin
  8. Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat: Adat Naning Melaka - Khairuddin Md. Hassan
  9. Adat Istiadat Kematian : Masyarakat Melayu Melaka - Jamal Shah
  10. Adat Istiadat Melayu Berdasarkan Takwim Islam - Md. Ali Bin Bachik
  11. Perubatan Melayu - Md. Ali Bin Bachik
  12. Adat Istiadat Berubat Kampung - Haji Mokhtar Yassin
  13. Berbudi Dan Berbahasa - Zaidi Daud
  14. Istiadat Bokorjan - Berkerajaan - Zakaria Bin Ibrahim

 

Sumber:

www.ujanailmu.com.my

 

Dibaca : 5.196 kali.
20 oktober 2016 07:07

Kerajinan Tenun Daerah Riau

05 oktober 2016 07:07

Permainan Rakyat Kabupaten Kuantan Singingi