Sabtu, 21 November 2026   |   Ahad, 10 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 30.831
Kemarin : 104.679
Minggu kemarin : 821.392
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Resensi Buku



23 april 2007 23:07

Asam Pedas Gula Melaka

Asam Pedas Gula Melaka



















Judul : Asam Pedas Gula Melaka
Pengarang : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications & Distrbutors
Genre : Motivasi
Mukasurat : 588  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117455
Nombor siri : 2342152
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM43.00
 

Buku Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan saya sebagai seorang pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah diharap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua warga pendidik khususnya yang bakal menjadi pengetua suatu hari kelak. Sebagai pemimpin di peringkat sekolah, setiap hari saya berhadapan dengan ribuan pelajar, pekerja, guru, dan ibu bapa yang beraneka ragam. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi yang pasti mereka mapukan diri mereka mendapat perhatian dan layanan yang terbaik daripada pengetua khasnya dan sekolah amnya. Lantaran itu tugas pengetua sentiasa dalam cabaran dan ini menuntut kesabaran, kegigihan, kekuatan dalaman dan ketahanan yang amat tinggi.


Walaupun Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan rentetan peristiwa demi peristiwa tetapi pengesahannya dibahagikan kepada enam bahagian.

 

Bahagian 1 mengandungi cerita atau episod semasa saya menjadi guru di empat buah sekolah ( dua buah sekolah terletak di luar bandar dan dua buah lagi terletak di bandar). Ketika menjadi guru, saya berpeluang bertugas di bawah 8 orang pengetua dan 7 orang GPK. Saya sering melihat cara mereka mentadbir sekolah dan bagaimana mereka menjalin hubungan dengan orang di bawah pentadbiran mereka. Ini banyak membantu saya apabila memegang jawatan pengetua pada l Ogos 1988. Maklumlah waktu itu saya masih muda dan tidak pemah pula memegang jawatan GPK sebelum itu.

 

Melalui pemerhatian dan pengalaman bekerja di bawah pentadbir yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina, saya menimba banyak pengalaman. Selain itu melalui cerita rakan- rakan juga terutama yang bertugas di sekolah lain sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan teladan kepada saya. Pengalaman inilah yang dijadikan guru sewaktu saya mula mentadbir sekolah.


Bahagian 2,3,4 dan 5 pula saya mula menulis episod atau cerita berkisar kepada setiap sekolah yang saya tadbir. Bermula dengan sekolah pertama saya menjadi pengetua yang dimuat dalam bahagian 2 dan begitulah seterusnya. Pendek kata setiap sekolah yang saya tadbir, ceritanya dimuatkan dalam satu bahagian. Saya kira corak pentadbiran saya di keempat-empat buah sekolah tersebut hampir sama kerana faktor membina disiplin warga sekolah diberi keutamaan dahulu.
 
Bahagian 6 pula saya memasukkan sedikit pandangan warga pendidik yang pemah berkhidmat di bawah pentadbiran saya. Kebanyakan mereka ini kini ada yang telah dilantik menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran, GPK dan tidak kurang pula yang telah menjadi pengetua. Suka, duka, pahit, manis mereka bekerja di bawah pentadbiran saya, dipaparkan secara berterus terang tanpa diubah- suai ataupun ditokok tambah.

Sumber:
www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 2.613 kali.
20 oktober 2016 07:07

Kerajinan Tenun Daerah Riau

05 oktober 2016 07:07

Permainan Rakyat Kabupaten Kuantan Singingi