24 mei 2007 23:07
Kritikan Sastera Melayu Moden
Judul : Kritikan Sastera Melayu Moden
Pengarang : Mana Sikana
Penerbit : Pustaka Karya
Genre : Sastera
Mukasurat : 493 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9879834243043
Nombor siri : 3653114
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM30.00
Buku ini disusun dengan tujuan besar untuk membantu para pelajar sastera baik di peringkat STPM, Maktab dan Universiti dalam menguasai Kritikan Sastera Melayu. Pada dasarnya ia disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM, dan dengan penyesuaian keperluan perkuliahan kursus-kursus di Maktab-Maktab dan Universiti-Universiti.
Isi buku ini mengandungi enam bahagian. Bahagian I Konsep Kritikan Sastera, yang membincangkan secara umum definisi, sejarah, hakikat, jenis dan aliran kritikan sastera. Bahagian II Kritikan Sastera Melayu yang menganalisis definisi, fungsi dan ciri-ciri kritikan sastera Melayu. Bahagian III Sejarah Kritikan Sastera Melayu yang membahagikan kepada zaman-zaman: awal, Asas 50, pascamertdeka, 1970-an, 1980-an dan zaman kritikan mutakhir. Bahagian IV membicarakan tokoh-tokoh kritikawan iaitu Asraf, Hamzah, Kassim Ahmad, Yahaya lsmail, Hashim Awang, Shahnon Ahmad, Salhan Mohd Saman, Mana Sikana, Ramli Isin dan Mohd Yusof Hassan. Bahagian V membicarakan isu-isu dalam kritikan sastera Melayu seperti fungsi seni, idealisme formalistik, hubungan dengan masyarakat, sastera Islam dan pertembungan kritikan Barat dan Pendekatan Melayu. Bahagian VI pula menghurai pendekatan-pendekatan kritikan seperti formalistik, moral, sejarah, sosiologi, psikologi, estetik dan pendekatan Islam.
Huraian dan analisis buku ini dikemukakan dengan teratur, tersusun, dan sesuai untuk bacaan dan sumber kajian para pelajar. Tidak sahaja para pelajar, buku ini juga diharapkan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia apresiasi dan penilaian kritikan sastera. Juga kepada pengkaji dan peneliti sastera yang ingin melakukan penelitian di peringkat latihan ilmiah, projek sarjana dan penulisan tesis untuk kesarjanaan dan kedoktoran.
Semoga pembaca budiman semua dapat memanfaatkan buku ini. Diharapkan ia juga sebuah sumbangan kecil untuk mempertingkat dunia kritikan sastera Melayu moden dan pascamoden.
Mana Sikana
Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Singapura
Mei 2006
Kandungan :
Kata Pengantar
BAHAGIAN I: KRITIKAN SASTERA
1.Definisi Kritikan
Pendahuluan
Takrif Kritikan
Dasar Kritikan
Kajian Sastera
Sastera Bandingan
Esei Sastera
Kesimpulan
2. Sejarah Kritikan Sastera Dunia
Pendahuluan
Zaman Greek
Zaman Roman
Zaman Kegelapan
Zaman Renaissance
Zaman Romantisisme
Zaman realisme - Zaman Moden
Zaman Pascamoden
Kesimpulan
3. Hakikat Kritik Sastera
Pendahuluan
Kritikan Sebuah Misteri
Dorongan Kritikan
Kelemahan Kritikan
Ciri-ciri Pengkritik
Kesimpulan
4. Jenis Kritikan
Pendahuluan
Kritikan Teoretis Praktikal
Kritikan Impresionistik dan Judisial
Kritikan Mimetik
Kritikan Ekspresif
Kritikan Pragmatik
Kritikan Objektif
Kretikan Relativistik dan Absolut
Kesimpulan
5. Aliran dalam Kritikan
Pendahuluan
Definisi Aliran
Intelektual dan Falsafah
Jenis Aliran
Perkambangan Aliran
Tugas Pengkritik
Kesimpulan
BAHAGIAN II: KRITIKAN SASTERA MELAYU
1. Definisi Kritikan
Pendahuluan
Definisi Zaman Awal
Definisi Zaman Asas 50
Kritikan Interpretasi
Definisi Kritikan Pascamodenisme
Kesimpulan
2. Fungsi Kritikan
Pendahuluan
Pembeza Mutu Karya
Pembimbing Pengarang
Jambatan Kepada Khalayak
Pengukuh Tradisi Kritikan
Tradisi Metakritik
PembenaTeoriTeks
Penguasa Sastera
Kritikan Sebagai Wacana
Kesimpulan
3. Ciri-Ciri Kritikan
Pendahuluan
Sanjungan
Teguran
Saranan
Pendekatan
Penganalisisan
Penilaian
Kesimpulan
BAHAGIAN III: SEJARAH KRITIKAN SASTERA MELAYU
1. Kritikan Zaman Awal
Pendahuluan
Permulaan Kritikan
Kritikan 1940-an
Kritikan Za‘ba
Kesimpulan
2. Kritikan Asas 50
Pendahuluan
Zaman Prolifik
Pembentuk Masyarakat
Radikaldan Intelektual
Kesimpulan
3. Kritikan Pascamerdeka
Pendahuluan
Kritikan Teoretikal
Zaman Yahaya Ismail
Pendekatan Kritikan
Sumbangan Kaum Asing
Kritikan Drama
Ciri-ciri Kritikan
Kesimpulan
4. Kritikan 1970-an
Pendahuluan
Polemik Sastera
Tukang Pukul
Aliran Pemikiran Kritikan
Seminar Kritikan Pertama
Kritikan Drama
Kesimpulan
5. Kritkan Dekad 1980-an
Pendahuluan
Teks-Teks Pascamoden
Penerimaan Pengkritik
Kritikan Keras
Kritikan Sastera Islam
Penerbitan Buku
Polemik Terburuk
Kelahiran Teori Tempatan
Kritikan Drama
Kesimpulan
6. Kritikan Mutakhir
Pendahuluan
Zaman Globalisasi
Penulis Pascamodenis
Polemik Kritikan
Zaman Teori
Pertumbuhan Teori
Kedatangan Teori Barat
Dunia Kritikan
Pengukuhan Kritikan
Penerbitan Buku Teori
Penulisan Esei dan Kritikan
Wahana Kritikan
Kesimpulan
BAHAGIAN IV: TOKOH KRITIKAWAN
1. Asraf
Pendahuluan
Latar
Latar Kritikan Sebelum Asraf
Asas 50
Pemikiran Kritikan Asraf dan Asas 50
Pendekatan Kritikan Asraf
Kedudukan Asraf Sebagai Kritikawan
Kesimpulan
2. Hamzah Hussein
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Kritikannya
Kepentingan Hamzah
Kesimpulan
3. Kassim Ahmad
Pendahuluan
Latar Diri
Sumbangan Kritikan
Kritikan Realisme Sosialis
Kritikan Kassim Ahmad
Sumbangan Karya
Kepentingan Kritikan Kassim Ahmad
Kesimpulan
4. Yahaya Ismail
Pendahuluan
Latar Diri
Latar Sastera 1960-an
Sumbangan Yahaya Ismail
Kekuasaan Kritikan
Kepentingan Kritikan Yahaya Ismail
Kesimpulan
5. Hashim Awang
Pendahuluan
Latar Diri
Latar Sastera 1970-an
Sumbangan Kritikan
Kepentingan Kritikan
Kesimpulan
6. Shahnon Ahmad
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Shahnon Ahmad
Kepentingan Kritikannya
Kesimpulan
7. Sahlan Mohd Saman
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Kritikan
Kepentingan Kritikan
Kesimpulan
8. Mana Sikana
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Kritikan
Kepentingan Pengarang
Kesimpulan
9. Ramli Isin
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Ramli Isin
Kepentingan Kritikan
Kesimpulan
10. Mohd Yusof Hassan
Pendahuluan
Latar
Sumbangan Kritikan
Kesimpulan
BAHAGIAN V: ISU-ISU KRITIKAN SASTERA MELAYU
1. Isu Konsep Pertentangan Fungsi Seni
Pendahuluan
Asraf-Hamzah
Teori Marxisme
Polemik Sastera
Cermin Masyarakat
Kesimpulan
2. Isu Idealisme Formalistik
Pendahuluan
Formalistik Melayu
Penggerak Formalistik
DominasiTekstual
Kesimpulan
3. Isu Kaitan Sastera dengan Masyarakat
Permulaan
Pembangunan Bangsa
Karya Sosial
Novel Sosial
Sastera Sebagai Cermin
Kesimpulan
4. Isu Konsep Sastera Islam/Murni
Pendahuluan
Suatu Kesedaran
Konsep Sastera Islam
Teori Sastera Pengabdian
Pengkaedahan Melayu
Teori Sastera Takmilah
Pentadbiran Kritikan
Kesimpulan
5. Isu Penggunaan Pendekatan Barat dan Pendekatan Melayu
Pendahuluan
Pendekatan barat
Isu Pengaplikasikan
Malay Power
Kemunculan Teori Melayu
Teori Tempatan
Dunia Kritikan
Kesimpulan
BAHAGIAN VI: PENDEKATAN KRITIKAN SASTERA
1. Pendekatan Formalistik
Pendahuluan
Defmisi Formalitik
Konsep Formalistik
Sejarah Formalistik
Matlamat Formalistik
Kaedah Kritikan Formalistik
Mendekati Sajak
Kesimpulan
2. Pendekatan Moral
Pendahuluan
Definisi Moral
Konsep dan Prinsip
Sejarah dan Perkambangan
Persiapan dan Ideologi Moral
Persiapan Kritikan
Kaedah Kritikan
Kesimpulan
3. Pendekatan Sejarah
Pendahuluan
Definisi Pendidikan Sejarah
Konsep dan Prinsip
Kaedah Kritikan
Kesimpulan
4. Pendekatan Sosiologi
Pendahuluan
Definisi
Sejarah
Karya Sebagai Cermin Masyarakat
Teks Sebagai Dokumentasi Sosial
Protes Sosial
Realisme Sosialis
Corak Pendekatan
Kaedah Pendekatan Sosiologi
Kaedah Pendekatan Realisme Sosialis
Kesimpulan
5. Pendekatan Psikologi
Pendahuluan
Definisi Psikologi
Konsep Kejiwaan
Prinsip Kritikan
Pemantapan Teori
Persiapan Pendekatan
Kaedah Penerapan
Kesimpulan
6. Pendekatan Estetik
Pendahuluan
Definisi
Sejarah Estetik
Konsep Estetik
Keindahati Bahasa
Pengolahan Karya
Kaedah Kritikan
Kesimpulan
7. Pendekatan Islam
Pendahuluan
Sejarah
Sastera Al-Quran
Konsep Al-Jamal
Ciri-ciri Sastera Lama
Sumbangan Sastera Islam di Alam Melayu
Definisi Kritikan
Konsep Kritikan
Prinsip Kritikan Islam
Kesimpulan
Bibliografi
Indeks
Sumber: www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 24.790 kali.