12 juli 2007 23:07
Senjata-senjata Dizaman Kesultanan Melayu Johor
Judul : Senjata-senjata Dizaman Kesultanan Melayu Johor
Pengarang : Hanizah Jonoh
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Genre : Sejarah
Mukasurat : 130 halaman
Cetakan Pertama : 1997
ISBN : 983993287x
Nombor siri : 4041111
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM65.00
Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan "Ke" dan "aris" yang bermakna tenang, lambat atau halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu. Di Acheh ia dikenali sebagai Rencong, di Sulawesi sebagai Badek, Jawa Barat sebagai Kujang dan JawaTengah serta Timur sebagai Keris. Kini ianya menjadi lambang kebangaan orang-orang Melayu serta kepulauan sekitarnya. Dipercayai seni perkerisan telah bertapak sejak 600 tahun dahulu di Tanah Melayu. Terdapat juga catatan sejarah tentang penemuan senjata pendek bergambar manusia pada hulunya yang dijumpai di Vietnam lebih 2000 tahun dahulu. Penemuan ini menunjukkan kekayaan seni persenjataan tradisional yang pada suatu masa dahulu berkembang dengan begitu pesat.
Jika diteliti sejarah purbakala, terdapat unsur-unsur alam semulajadi seperti tanah, batu, pasir, tembaga besi, emas, perak, berlian, batu permata serta batu delima yang menghiasi serta memperkukuhkan bentuk keris serta senjata-senjata lain. Elemen-elemen ini jarang kita ketemui didalam seni perkerisan kini. Senjata diakhir abad ke`20 kini didapati tercipta menggunakanl alat-alat tertentu. Sebagai perbandingan kita dapati seni pertukangan senjata dahulu terutamanya keris dihasilkan melalui tangan-tangan manusia serta unsur-unsur tradisional lain dengan penuh ketelitian dan peradaban. Mereka ini dikenali sebagai Empu yang menjalankan aktiviti pertukangan keris ini di dalam lingkungan istana. Jelas, ianya merupakan suatu kerjaya yang dikagumi suatu masa dahulu. Keris-keris ini kemudiannya disepuh dengan pelbagai air yang didapati dari unsur-unsur semulajadi yang suci seperti air hujan, air yang tersimpan di masjid dan air dari tujuh kuala/ pulau. Upacara sepuhan ini juga dilakukan pada hari-hari yang diutamakan seperti hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan.
Tidak hairanlah, unsur-unsur suci ini menjadikan senjata sebagai alat persenjataan ( untuk tujuan yang hak ), kekebalan dari malapetaka, semangat yang kuat, peribadi yang tinggi, penyembuh penyakit, sebagai azimat serta bagi upacara pembersihan jiwa. Namun begitu, setiap upacara serta kepercayaan diatas dipengaruhi oleh pegangan agama serta adat yang praktis oleh masyarakat sezamannya.
Atas pengaruh inilah keris dan senjata-senjata lain tidak terlepas dari unsur-unsur jahat yang dianuti oleh penggunanya yang tidak diredhai Allah s.w.t. Akan tetapi kita harus berbanga kerana senjata-senjata ini walaupun telah hilang sebahagian besar unsur-unsur kekuatannya masih lagi diterima dan telah diangkat martabatnya sebagai alat kebesaran diraja amnya dan di Johor khasnya. Senjata-senjata juga didapati digunakan didalam upacara-upacara persilatan serta pameran dan menjadi koleksi berharga pencinta senjata tanahair.
Kandungan
Pengenalan
BAB 1. SEJARAH KESULTANAN MELAYU JOHOR
Latarbelakang Sejarah Negeri Johor
Kesultanan Melayu Johor serta perkembangannya
BAB 2. DEFINISI DAN TIPOLOGI SENJATA
Definisi Senjata Secara Umum
Tipologi Senjata Di Negeri Johor
BAB 3. SENI DALAM PERSENJATAAN MELAYU JOHOR
Ukiran dan Motif Pada Keris
Seni dan Motif Pada Meriam Melayu
Seni dan Motif Pada Lembing / Tombak
Seni dan Motif Pada Pedang
BAB 4- SENJATA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU JOHOR
Sejarah Penggunaan Senjata Dalam Kesultanan Melayu Johor
Sejarah Penggunaan Senjata Dalam Adat Istiadat Kesultanan
Senjata Di Kalangan Rakyat Biasa
Senjata Sebagai Simbol Warisan dan Kekuasaan
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
INDEKS
Sumber : www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 8.286 kali.