12 juli 2007 23:07
Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura
Judul : Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura
Pengarang : Mana Sikana (Dr Abdul Rahman Napiah)
Penerbit : Pustaka Karya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 315 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9834243014
Nombor siri : 3653112
Harga : RM30.00
Buku ini membicarakan teori sastera, kritikan sastera dan situasi kritikan sastera di Malaysia dan Singapura. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu, Bahagian Pertama dengan Teori Sastera Mandiri, yang mengemukakan empat teori tempatan yang penting Teori Sastera Taabudiyyah, Teori Puitika Sastera Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu dan Teori Teksdealisme. Dalam Bahagian Kedua, Teori Sastera Mutakhir, yang menyediakan Teori Sastera New Historisisme, Teori Sastera Budaya, Teori Pascakolonialisme dan Teori Sastera Ekologi. Keempat-empat teori ini, secara global sedang menguasai dunia kritikan sastera di dunia terkini, dan dianggap paling popular dan dipalikasikan dengan meluas, justeru ia amat sesuai dengan iklim kesusasteraan dunia pascamoden ini. Bahagian Ketiga membicarakan situasi dan perjalanan kritikan sastera di Malaysia dan diikuti di Bahagian Keempat berhadapan pula dengan perkembangan kritikan sastera di Singapura.
Tujuan utama buku ini adalah untuk menyebarkan teori-teori sastera mandiri dan teori sastera global, supaya didekati, dipelajari, dikuasai dan diaplikasikan bagi menghidup dan menyuburkan dunia kritikan sastera di Malaysia dan Singapura. Di samping itu kepada pengarang dan bakal pengarang pula dengan berkenalan dengan teori- teori sastera itu akan memberi landasan baru berkarya dan mengukuhkan daya kreativitinya.
Para pelajar di yayasan-yayasan tinggi, seperti di universiti dan kolej-kolej pula dapat memanfaatkan buku ini bagi menguasai teori untuk tugasan akademik dan penyiapan penulisan tesis peringkat sarjanamuda, sarjana dan kedoktoran. Para pengkritik sastera pula akan menyaksikan suasana dan iklim kritikan di negara masing-masing dan berusaha untuk mengembangkan dunia kritikan sastera.
Kandungan
BAHAGIAN 1: TEORI SASTERA MANDARl
Teori Taabudiyyah
Dasar Sastera.
Tajalli dan Sastera Islam
Sastera untuk Pengabdian.
Prinsip Kritikan Taabudiyyah
Kesimpulan
Teori Puitika Sastera Melayu
Pendahuluan
Konsep Teori.
Paksi Teori
Prinsip Keindahan
Prinsip Kritikan
Pemilihan
Teknik Penyampaian
Amalisa Sastera
Fungsi Karya
Konsep Tekstual Puitika Sastera Melayu
Kesimpulan
Teori Pengkaedahan Melayu
Pendahuluan
Analisis Teori
Pendekatan Firasat
Definisi Pendekatan Firasat
Konsep Mimpi
Penerapan Terhadap Teks Drama.
Teori Sastera Teksdealisme
Sejarah Teori
Dasar Pembinaan Teori
Definisi
Kesimpulan
Teori Takmilah
Pendahuluan
Konsep Teori
Teori Dalam Pandangan Nilai Islam
Definisi dan Konsepi
Takmilah dan Karya Sastera
Takmilah dan Aspek Luaran Karya
Aplikasi Teori
Kesimpulan
Teori SPB4L
Pendahuluan
Definisi Teori
Pendidikan Sastera
Kritikan Sastera
Watak Pengarang
Konsep Karya
Konsep Kritikan
Kaedah Kritikan
Kesimpulan
Teori Konseptual- Kata Kunci
Pendahuluan
Konseptual.
Konsep Kata Kunci
i. Kepengaruhan
ii. Pemilihan Kata
iii. Kesan
Kritikan Terhadap Karya Usman Awang
Kesimpulan
BAHAGIAN 2: KRITIKAN SASTERA MALAYSIA
Asraf Pelopor Kritikan Sastera Moden
Pendahuluan
Latar
Latar Kritikan Sebelum Asraf
ASAS 50.
Pemikiran Kritikan Asraf dan ASAS 50
Pendekatan Kritikan Asraf
Kedudukan Asraf Sebagai Kritikawan
Kesimpulan
Teori dan Kritikan Sastera Malaysia Dan Bandingan di Negara Nusantara
Pendahuluan
Susur Kritikan
Teori Sastera Pascamoden
Teori dan Kritikan Sastera Kontemporer
Pengukuhan Kritikan Sastera
Teori dan Kritikan Mutakhir Nusantara
Kesimpulan
Kritikan Sastera Malaysia Mutakhir
Pendahuluan
Kritikan Saintifik
Jagat Sastera
Zaman Teori
Pertumbuhan Teori
Teori-Teori Baru Tempatan
Kedatangan Teori Barat
Dunia Kritikan
Pengukuhan Kritikan
Penulusan Esei dan Kritikan
Wahana Kritikan
Kesimpulan
Kritikan Novel S. Othman Kelantan Juara
Pendahuluan
Teori Teksdealisme
Kepalsuan Masa Silam
Teknik Dramatik
Islam?
Desire od Desire
The Best and the Ugly
Teks Kukuh
Re-birth of Text
Kesimpulan
BAHAGIAN 3: KRITIKAN SASTERA SINGAPURA
Membina Tradisi Kritikan Sastera di Singapura
Pendahuluan
Konsep Kritikan
Teori dalam Kritikan Sastera
Sastera Klasik Penjana Sastera Moden Singapura
Kajian Kolonial
Penggilingan Sastera
Khazanah Sastera Rakyat
Sastera Zaman Islam
Sastera Intelektual
Memperkukuh Teori dan Kritikan Sastera Singapura
Pendahuluan
Situasi Kritikan
Sebab-sebabnya
Penulisan Esei
Teori dan Pengembangannya
Membina Tradisi Kritikan di Singapura
Penerbitan Buku Sastera
Kesarjanaan Sastera
Kritikan Pascamoden
Kematian Pengarang
Langkah Mentradisikan Kritikan
Tanggapan
Kesimpulan
Kiritikan Puisi Luka dan Puisi Duka Suratman Markasan
Suasana Jiwa
Teknik Bebas
Cinta Kedamaian
Nada Shahdu
Bibliografi
Indeks
Sumber : www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 13.310 kali.