Friday, 30 October 2026   |   Friday, 18 Jum. Awal 1448 H
Online Visitors : 992
Today : 20.454
Yesterday : 42.097
Last week : 9.404
Last month : 45.610.426
You are visitor number 105.216.314
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

About us

Dr Noor Azam OKMB Haji-Othman (Universiti Brunei Darussalam)

8 September 2008, 8:48 am

Nama : Dr Noor Azam OKMB Haji-Othman
Institusi : The Language Centre Universiti Brunei Darussalam

Pesan :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Yang Mulia Kru MelayuOnline.com,

Saya merujuk kembali kepada email asal dari pihak Anda kepada saya yang sudah agak lama dahulu.  Pertamanya, saya ingin memohom maaf kerana sebenarnya saya telah membalas email Anda sebanyak dua kali melalui email rasmi/pejabat saya di Universiti Brunei Darussalam, tapi malangnya dikembalikan. Mungkin ada kesilapan/masalah teknikal agaknya. Saya baru saja membuka email saya di Gmail dan mendapati ada salinan email kepada saya terdahulu, lalu terpanggil untuk mencuba membalas sekarang. Saya harap kali ini berjaya.

Saya sambut mesra saranan dan permintaan Anda untuk sumbangan dari segi informasi mengenai budaya dan bahasa di Brunei, dan juga maklumat mengenai bidang-bidang lain di Brunei. Saya akan cuba menghadapkan email Anda ini kepada rakan-rakan akademik saya yang lain di UBD, dengan harapan mereka juga akan menyumbang kepada usaha Anda.

Sekian buat masa ini.  Sila balas email ini supaya saya tahu anda telah menerimanya.

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Wassalam,

Dr Noor Azam OKMB Haji-Othman

Deputy Director
The Language Centre
Universiti Brunei Darussalam

Tungku Link Road
BRUNEI BE1410

Read : 12.906 time(s).

Insert your comment here :

Please login to comment

Please login with your email and password, if you currently not registered, please register with link provided.

 Registered member please login
Email
Password