Ditemukan : 229 Record
buris; memburis
membuat perahu.
buruk; buruk siku tambal balang
prb kata ejek kepada orang yang memberi sesuatu (barang) kemudian dipintanya balik (biasanya kanak-kanak).
burukapian
perihal perubahan bau atau rasa kerana padam api (salai, pais).
busit
buncit.
buting
penjodoh bilangan bagi barang; mis: dua ~ pensel (dua batang pensel), empat ~ buku (empat buah buku), lapan ~ keris (lapan bilah keris), se ~ batu (seketul batu), tiga ~ baju (tiga helai baju);
sebuting-buting satu-satunya.
Butir I
bintik kecil yang tumbuh pada kulit (biasanya pada tangan).
butir II
nama sebuah tempat di Sungai Brunei.
buyah
buih;
berbuyah mulut kiasan kata-kata (teguran, larangan, suruhan) yang tidak dipedulikan atau dituruti;
berbuyah tangga perihal menagih dengan mendatangi berkali-kali ke rumah orang yang menangguh-nangguhkan hutang.
buyuk; membuyuk
menipu, memperdaya, mengelirukan.
|