Ditemukan : 186 Record
sampang; baju sampang
sejenis baju dalam (untuk lelaki), singlet;
sampang biludu † sejenis baju − seperti dalam Diangdangan Bujang Si Gandam:
Dipakai baju sampang biludu Baju alat peperangan Baju ditikan tiada masuk Baju ditunu tiada hangus Baju direndam tiada basah Baju ditetak tiada luka Baju ditabak tiada bubus.
sabai; menyabaikan
menyampirkan (kain dll) pada bahu.
sabak; sabak-menyabak
menyampuk (percakapan) dengan tidak berhujung pangkal.
sabal I
tumpul (parang, pisau dll);
penyabal parut pengalas perut;
sabal parut kiasan tidak ada selera hendak makan kerana perut mual.
sabal II
sejenis tumbuhan (pokok), Dacryodes expansa.
sabalan
selalu tidak suka berbuat sesuatu, segan − seperti dalam Rampaian Laila Syair:
Wahai anakda laila handalan,
Menghadapkan kebajikan jangan sabalan,
Elokkan pembawaan laila bualan,
Berbaik dengan sahabat kenalan.
sabuk
sejenis sarung yang dipakai di luar seluar dan baju (pada pakaian cara Melayu).
sadai; bersadai
terletak di tempat yang lebih tinggi (perahu yang tidak dipakai);
sadaian bangsal tempat menyadaikan perahu;
tersadai 1 terbaring di darat atau di pantai (buaya, ikan dll); 2 kiasan orang yang berbaring berlunjur kerana uzur; 3 kiasan barang yang terbiar kerana rosak dan tidak berguna lagi.
sadak I; kesadakan
kesedakan.
sadak II
sejenis alat untuk menangkap bubuk.
sadal, = penyadal
kepingan atau barang nipis yang dilekapkan pada barang lain.
sadaman
sejenis tumbuhan (pokok), Macaranga sp;
Sadaman balang sejenis tumbuhan (pokok), Macaranga beccariana.
sadang I
1 sederhana (kaya, cantik dll); 2 tidak sempit dan tidak longgar (saiz kasut, saiz songkok dll).
sadang II
1 kiasan perangai (perbuatan dll) yang tidak dapat dibanding-bandingkan; 2 → adang I.
sadau
keadaan cuaca yang agak gelap kerana matahari dilindungi awan, redup, mendung.
sadu
bunyi (seperti bunyi meneguk) yang terkeluar dari kerongkongan kerana sejuk (biasanya kanak-kanak).
saga; saga-saga
sejenis tumbuhan (pokok), Ormosia bancana.
sagai = sagainya
kata untuk menyindir terhadap seseorang yang suka menonjol-nonjolkan sesuatu (benda, pangkat dll).
sagang
sejenis kail untuk menangkap ikan air tawar.
saham
kayu yang dipasang melintang di bahagian buritan untuk perahu yang menggunakan dayung.
|