Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 99
Hari ini : 7.560
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 194 Record
 1 2 3 >  Last ›
tadak; bertadak

1 bertanda (dengan menggunakan kayu, buluh dll) untuk menunjukkan kawasan  tanah yang dikehendaki; 2 bakal yang dimiliki (orang, buah dll) – seperti dalam pantun:

            Berguruh berhalilintar,
            Anak badak mandi di sana,
            Walau sepuluh naga berlingkar
            Bunga bertadak saya yang punya.
tabak I; menabak
menikam (dengan bujak, sangkap dll).
tabak II; tabak lasuk
sejenis ikan air tawar, Luciocephalus pulcher.
tabak III; tabak-tabak
kiasan perbuatan yang sembarangan.
tabak IV; tabak bauta, = tabak jihin, = tabak baunja
bahasa kasar sejenis sumpah seranah.
tabam
genuk atau berisi (muka dll), tembam.
tabana
sejenis ikan laut, Sp unid.
tabarus
gelojoh, rakus, lahap (makan).
tabas

tebas;

      tabasan kawasan atau tempat yang sudah ditebas untuk bercucuk tanam.

tabau
1 mungkum atau cembung (permukaan); 2 bahasa kasar kemaluan perempuan yang mungkum (biasanya kanak-kanak).
tabuk I
tebuk.
tabuk II
jendela.
tabun; tabun-tabun

naik berkepul-kepul (asap);

      menabun kiasan terlalu banyak (biasanya kanak-kanak, penyengat);

      penabun rokok.

tabung; menabung
memukul belakang atau dada dengan telapak tangan.
tabuni
uri ( yang keluar sesudah anak damit dilahirkan), tembuni.
tabur; bertabur

berselerak;

      tabur kikik corak yang terdapat pada bahagian depan kikik.

taburanga

 tersingkap kain tatkala bertinggung atau hendak duduk sehingga hampir terdedah (kemaluan).

tadungan

sejenis ikan laut, Halichoeres bicolar;

      tadungan bungkuk sejenis ikan laut, Chlorurus microrhinos.

tagai I
sejenis tumbuhan (pokok), Rhizophorae sp.
Tagai II
nama sebuah tempat di Sungai Brunei yang berdekatan dengan Ranggu.
 1 2 3 >  Last ›