Ditemukan : 83 Record
munggu
lengkung keluar atau cembung (permukaan), mungkum − seperti dalam pantun Melayu Brunei:
Daun pandan panjang sedapa, Tanam orang di munggu kubur, Siang malam inda kulupa, Lupa inda lupa di dalam tidur.
macal; memacal-macal
mengeluarkan perkataan cabul, mencarut.
malagangai → bulian.
malai
1 sebutan kepada orang yang berketurunan Arab; 2 timang-timangan untuk orang (anak, adik, kekasih dll) yang disayangi.
malas
sejenis tumbuhan (pokok), Nauclea bernardoi.
malau I
sejenis damar yang digunakan untuk mengetatkan senjata (parang, keris dll) pada hulunya.
malau II; malau kantuk
sejenis tumbuhan (pokok), Gardenia tubifera.
malur I
1 melur; 2 sejenis alat perhiasan pengantin perempuan yang dipakai di kepala.
malur II; malur talinga
selaput telinga yang menerima suara, gendang pendengar, gegendang telinga.
mamal
1 menjadi tumpul (pisau, parang dll) kerana matanya terbeliut; 2 menjadi kemik (tin dll).
mamar
hampir-hampir pecah atau belah (tulang, buluh, gading dll);
suara mamar ki suara yang tidak sedap didengar.
mambang
1 sakit-sakit pada badan (kerana penat kerja, berjalan dll); 2 rosak atau hancur isi di dalam (buah yang jatuh terhempas).
mambangan I
sejenis ikan laut, Lutjanus malabaricus.
mambangan II, = mambangan santan
sejenis tumbuhan (pokok), Mangifera foetida.
mamulasit
bk tidur;
mamurancah-mamulasit bk tidur.
manah; kayu manah
kayu manis.
manangin
sejenis ikan laut, Polynemus sextarius.
mandam I
terlalu asyik (bermain, berjalan dll) hingga pula perkara lain.
mandam II; main mandam
sejenis permainan bagi dua orang pemain yang menggunakan 24 buah yang bulat dan papan catur.
mandaring
mengandung anak sulung.
|