Ditemukan : 84 Record
rampak II
s1 banyak daun dan cabangnya, rendang − seperti dalam Syair Asli Rajang Hari:
Laila kebajikan ambilkan teman, Ke arah bahagia kompas pedoman, Adil, dermawan, akal siuman, Laila rampak bunga setaman.
rabah
rebah;
rabah-rimpah jatuh bangun ketika berlari (dalam keadaan kelam-kabut).
rabai; rabai-rabai
terhurai dengan tidak menentu (biasanya rambut panjang).
raban
reban;
beraban-raban kiasan datang beramai-ramai (biasanya sebagai sindiran); mis: mereka ~-~ ke rumah penghulu mengadukan tt kecurian itu.
rabuk I
sejenis serbuk diperbuat daripada beras yang digoreng biasanya dicampur kepada budu.
rabuk II; merabuk
keadaan benda yang sudah reput.
rabut I
rebut.
rabut II
lepas (ikan daripada mata kail) kerana diragut.
rabut III; kana perabut
keadaan orang yang hampir akan mati, nazak.
Radin
nama lagu asli Brunei.
radu
sejenis alat untuk menggemburkan tanah, bajak.
ragap, = ragap ati
menaruh keyakinan kepada sesuatu; mis: saya ~ ~ yang ia akan menang dalam perlawanan itu.
ragat; meragat
menarik sesuatu dengan mengejut.
ragian
sejenis para-para daripada kayu dll untuk menaruh barang-barang, rak.
rama, = karama
sejenis ketam.
rambai I
sejenis tumbuhan (pokok), Baccaurea motleyana.
Rambai II
nama sebuah kampung di Daerah Tutong.
rambat
sejenis alat untuk menangkap ikan dll, jala.
rampak I; merampak
menggegar dan menghempas-hempaskan untuk membuang debu dll yang melekat pada (buku, bekas dll);
berampak kiasan menghempas-hempaskan kaki (kerana marah, merajuk dll) biasanya kanak-kanak.
rampana → rapana.
|