Ditemukan : 266 Record
kabab
sejenis makanan daripada daging.
kabak; kabak-kabak → abak.
kabamban → kubamban.
kaban
sejenis peti daripada kayu.
kabat I; berkabat
tertutup, berkatup;
kabat-kabatan sejenis almari.
kabat II; mengabat
menangkap ikan dengan merentangkan belat di tebing-tebing sungai;
lauk kabat ikan yang diperolehi dari mengabat.
kabil; mengabil
menggendong (anak, barang dll) antara rusuk dengan lengan.
kabir; inda terkabir
tidak berupaya, tidak berdaya; mis: anak-anak yang nakal itu menyebabkan ibunya ~ ~ untuk membuat kerja–kerja yang lain.
kabuk I
sejenis bekas yang biasanya diperbuat daripada tanah liat dan berbentuk bulat mungkum.
kabuk II; kabuk panastan
sejenis alat kebesaran diraja yang diperbuat daripada perak.
kabuli I
sejenis masakan nasi yang bercampur daging dan berbagai-bagai rempah (spt serbuk kunyit, ketumbar, kayu manah).
kabuli II
ki tuli.
kabulilahan
perihal perangai yang tidak senonoh (biasanya kanak-kanak).
kabungkayangan
terlalu kenyang kerana makan.
kabur; kabur-kabur
bubuk yang diperam dengan garam halus.
kabut
1 keruh (air); 2 tidak cerah (cuaca);
kabut mua ki muka yang tidak berseri.
kadia → kadidia.
kadidia, = kadia
ganti nama orang ketiga, ia, dia.
kadikita → kita.
kaduhung; terkaduhung
secara kebetulan melakukan, terlanjur (berada disesuatu tempat dan keadaan); mis: ~ kita ke mari biarlah terus makan di sini;
mengaduhung terlampau, melebihi batas (perbuatan yang bodoh, perangai yang jahat).
|