Kamis, 19 November 2026   |   Jum'ah, 8 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 23.650
Kemarin : 114.972
Minggu kemarin : 821.392
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 198 Record
‹ First  < 6 7 8 9 10 > 
limpas
1 berlalu waktunya, melampau waktunya; 2 lanjut, lebih (dari yang patut dll); 3 lepas, ketinggalan (tempat dll).
limpaung; asam limpaung → asam I.
limur; melimur

menyapu badan dll dengan (minyak dll).

limut
minta tangguh sementara (biasanya dalam permainan kanak-kanak).
lindap; melindap
membayang (rupa, benda dll) sepintas lalu sahaja.
lindayung
sejenis tumbuhan (pokok), Trema amboinensis.
lindung

bh meninggal dunia (digunakan untuk sultan dan raja isteri).

linggadai

sejenis tumbuhan (pokok), Bruguiera gymnorhiza.

linggang; berlinggang

bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan (punggung) ketika berjalan dll;

      kuih linggang sejenis kuih basah;

      melinggang anak menggoyang-goyangkan kedua-dua kaki ke kiri dan ke kanan ketika duduk berlunjur untuk menidurkan anak;

      melinggang parau menggoyang-goyangkan perahu ke kiri dan ke kanan untuk menimba.

linggar

tidak tetap dan mudah terbalik (biasanya perahu);

      linggar fikiran tidak tetap pendirian.

linggayung
sejenis tumbuhan (pokok), Bruguiera gymnorhiza.
lingkuh
sejenis ikan laut, Sp unid.
lintau
sejenis alat penangkap ikan.
lipang
sejenis ikan laut, Atropus atropus.
liun; berliun

menggunakan laluan lain kerana laluan biasa tidak dapat digunakan;

      berliun-liun 1 tidak langsung menuju tempat yang dimaksudkan kerana kurang pasti pada tempat yang dilalui; 2 berkeliling.

liur; aing liur

air ludah (yang cair), air liur;

      berliur ki berselera;

      kambang liur rasa kurang enak (biasanya ketika melihat orang makan asam dll) sehingga hampir-hampir mengeluarkan air liur;

      pait liur 1 hilang selera (biasanya semasa demam dll); 2 ki sukar untuk mendapatkan sesuatu (wang dll) daripada seseorang; mis: dia itu kebilangan lokek, ~ ~mu mendapat wangnya;

      tais liur ingin akan sesuatu (biasanya makanan).

liwat
sukar (perbuatan dll).
loklang
sejenis burung, Burceros rhinoeros borneensis.
Luagan II; Luagan Dudok

nama sebuah kampung di Daerah Tutong;

      Luagan Timbaran nama sebuah kampung di Daerah Tutong.

luah I
tiba (dari sesuatu tempat).
‹ First  < 6 7 8 9 10 >