Selasa, 25 Agustus 2026   |   Arbia', 11 Rab. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 4.961
Kemarin : 29.971
Minggu kemarin : 178.006
Bulan kemarin : 11.454.048
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 83 Record
 < 1 2 3 4 5 > 
maritam

sejenis tumbuhan (pokok), Nephelium mutabile.

maritus
sejenis tumbuhan (pokok), Canarium littorale.
markubung
sejenis tumbuhan (pokok), Macaranga gigantea.
marung
masam (muka) kerana marah dll; mis: mukanya ~ setelah dimarahi oleh bapanya.
masap
kejadian (ribut, hujan dll) yang terjadi dengan tiba-tiba yang dipercayai akibat daripada perbuatan atau perkacapan yang melampaui batas.
massam
sejenis tumbuhan (pokok), Baccaurea sp.
mata I; memata-matai
memperbaiki (jala, pukat dll) yang koyak.
mata II; mata ulat
sejenis tumbuhan (pokok), Lophopetalum javanica.
Mata III; Kampong Mata-Mata
nama sebuah kampung di Daerah Brunei dan Muara.
matah
belum masak, mentah.
matalih
perihal tidak lekas mengerti (ajaran, suruhan dll).
matan
sejenis tumbuhan (pokok), Mangifera longipetiolata.
matingal
perihal tidak lekas mendengar cakap (ajaran, suruhan dll).
mauk
berasa pening dan mual atau hilang ingatan, mabuk.
miang
rasa bercucukan pada kulit kerana tersentuh bulu (rebung, rumput dll).
miani
seperti ini, begini.
miatu
seperti itu, begitu.
mihir
keji dan terlalu kotor (percakapan, perbuatan dll).
minat
tidak mahu memberi orang lain apa-apa pun, lokek, kedekut.
minyak I; minyak-minyak
sejenis ikan laut, Coilia dussumieri.
 < 1 2 3 4 5 >