Ditemukan : 186 Record
sasap; menyasap
memotong (umput, kayu dll) dengan ringkas dan cepat.
sasar; menyasar
menggerakkan sesuatu (barang, orang dll) dengan perlahan-lahan dari tempat asal dengan cara mengengsot (menyorong, menolak).
sasau I; tersasau
terlajak perkataan kerana tersilap cakap, tersasul.
sasau II; tersasau
terulang masa untuk menghadirkan diri ke sesuatu tempat.
satak
sejenis kerustasia. Sp unid.
satar → sapar.
satumpul
sejenis tumbuhan (pokok), Hydnocarpus sp.
satur
seteru, musuh.
sauk I; menyauk
mencedok sesuatu.
sauk II; menyauk
bergerak menghala ke bawah dengan deras (kikik).
saumah, = sumah
sejenis tumbuhan (pokok), Ploiarium alternifolium.
sawang
lubang;
menyawang kiasan sentiasa menerima sesuatu (tawaran, pemberian dll) tanpa bertangguh-tangguh lagi;
sawang kumbang lubang yang terdapat pada daka perahu untuk mengalirkan air dari ruang ke ruang.
sial; sial menaun
sejenis tumbuhan (pokok), Kibessia rostrata.
siar I; menyiar
mengetepikan sesuatu (biasanya sampah, habuk dll);
penyiar alat untuk meratakan sesuatu (beras dll) pada permukaan sukatan (gantang, cupak dll).
siar II
sejenis udang kecil, Sp unid;
siar bangkita sejenis kerustasia, Sp unid.
siau
keadaan yang tidak sibuk lagi, lengang.
sidak; menyidak
mengesak, sedu-sedan.
sidip
alat daripada bilah untuk menindas kutu.
sigup
tembakau, rokok;
pesigupan alat daripada kayu dll untuk menghisap tembakau, paip.
sikalur → sakalur.
|